PAU 2025 Perkukuh Kesatuan, Persiapan Hadapi PRN, PRU16 – Manndzri Nasib

TENGGARA, 14 Jan – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menegaskan bahawa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025 merupakan detik kemuncak yang amat penting dalam usaha menyediakan parti menghadapi beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak. Menurut beliau, PAU 2025 wajar dijadikan medan untuk memperkukuhkan kesatuan, muafakat dan keyakinan dalam kalangan ahli serta kepimpinan parti agar perjuangan […]

» Read more

PAU 2025 Medan Kupas Idea, Suara Wanita Diperkasa – Norliza

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) terus menjadi medan penting untuk mengupas idea, mencambahkan pemikiran serta memberi ruang kepada ahli-ahli parti menyuarakan pandangan secara terbuka demi memperkukuh agenda masa depan UMNO, khususnya melibatkan peranan Wanita UMNO. Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, berkata PAU 2025 bukan sekadar perhimpunan tahunan, sebaliknya platform […]

» Read more

Simposium Politik Era Digital 2026 Buka Tirai PAU 2025

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Simposium Politik Era Digital 2026 menjadi pembuka tirai kepada Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, hari ini. Simposium berkenaan dianjurkan oleh Penerangan UMNO Malaysia sebagai platform perbincangan strategik bagi membincangkan landskap politik semasa yang semakin dipengaruhi oleh perkembangan teknologi digital, media sosial serta perubahan corak pemikiran pengundi, khususnya generasi muda. […]

» Read more

Mohamad Alamin Seru Perwakilan KULN Bersama Perkukuh Parti Demi Masa Depan

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Datuk Mohamad Alamin berharap agar kelab tersebut terus memainkan peranan hebat untuk memartabatkan parti di luar negara. Mohamad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berpandangan bahawa seluruh pejuang UMNO perlu meletakkan kepentingan parti untuk tentukan hala tuju pada masa hadapan. “Kita perlu fikirkan hala tuju UMNO. Di […]

» Read more

UMNO Perlu Kembali Memimpin Obor Pendidikan Bangsa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Jan – UMNO tidak pernah ditakdirkan untuk tunduk kepada nasib, sebaliknya berperanan mengubah perjalanan bangsa, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa UMNO, dengan keberanian dan iltizam, menyatukan sistem serta menyepadukan program pendidikan secara lebih tersusun, bukan sekadar demi satu generasi, tetapi untuk membina masa depan yang […]

» Read more

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menegaskan bahawa hala tuju UMNO mesti ditentukan dengan jelas agar parti itu tidak hilang identiti dan sokongan akar umbi. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN) berkata, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 amat penting kerana ia menjadi medan utama untuk menentukan ke mana […]

» Read more

Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Skuad Sayang 3K menjadi bukti kebersamaan Wanita UMNO bersama masyarakat melalui gerak kerja kebajikan yang dilaksanakan secara berterusan. Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, Skuad Sayang 3K merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dan digerakkan bukan kerana publisiti atau perhatian lensa kamera. “Skuad Sayang 3K ini turun padang bukan kerana […]

» Read more

Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kehadiran Skuad Sayang 3K Kebangsaan setiap kali bencana menimpa negara adalah sebagai keberadaan Wanita UMNO yang sentiasa prihatin terhadap masyarakat. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Skuad Sayang merupakan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang sangat aktif dan berada di barisan hadapan setiap kali apabila […]

» Read more

Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Patriotik UMNO (SPU), Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan para graduan SPU bahawa konvokesyen ini bukan noktah sebuah perjalanan, tetapi titik mula sebuah amanah perjuangan. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ilmu yang digenggam bukan untuk disimpan, tetapi untuk dicurahkan dan disiplin yang dibina bukan untuk dibanggakan, tetapi untuk […]

» Read more

Istiqamah Dan Kesinambungan Kerja, Kunci Kekuatan UMNO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Sekolah Patriotik UMNO (SPU) merupakan institusi pembinaan pemikiran, watak dan jiwa perjuangan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menasihati para patriot agar terus istiqamah dan konsisten dalam perjuangan, khususnya dalam memperkukuh sokongan di peringkat akar umbi. Menurutnya, kekuatan sebenar perjuangan terletak pada kesinambungan usaha mendekati rakyat […]

» Read more
1 12 13 14 15 16 18