Perhimpunan Agung UMNO 2025 Perkukuh Ukhuwah, Satukan Fikrah Parti – Rais

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin berharap Perhimpunan Agung UMNO 2025 menjadi medan terbaik untuk para perwakilan bermusyawarah secara matang dalam usaha memperkukuhkan lagi perjuangan parti. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka seterusnya berkata, perhimpunan itu wajar dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkukuh ukhuwah perjuangan, menyatukan fikrah serta bertukar pandangan secara […]

» Read more

PAU 2025: Medan Perwakilan Suarakan Denyut Nadi Akar Umbi – Jasnizam

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap menyeru seluruh perwakilan agar menggunakan persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ini dengan sebaik-baiknya. Ketuanya, Muhamad Jasnizam Muhamad Husni berkata, PAU 2025 merupakan medan paling penting dan bermakna untuk seluruh perwakilan dari segenap pelosok negara menyuarakan denyut nadi akar umbi secara jujur, berani dan bertanggungjawab. “Bercakaplah bagi pihak rakyat, bukan demi […]

» Read more

Digitalisasi Maklumat Amat Penting, Elak Strategi ‘Tembak Tanpa Sasaran’ – Shaik Hussein

​KUALA LUMPUR, 14 Jan – Pendigitalan dan pengurusan data yang sistematik dilihat salah satu aspek penting dalam usaha untuk memperkukuh strategi UMNO bagi memastikan parti kekal relevan dalam landskap politik moden. ​Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin menegaskan bahawa kegagalan menguasai data menyebabkan gerak kerja parti menjadi tidak cekap, ibarat memiliki peluru yang […]

» Read more

Penerangan UMNO Perlu Giat Kawal Naratif, Persepsi – Mohd Syahbuddin

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Penerangan UMNO perlu giat bekerja untuk mengawal naratif dan persepsi yang dimainkan pihak lawan terutamanya di negeri-negeri bawah pentadbiran Kerajaan Empat Negeri (SG4). Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Syahbuddin Hashim berkata, realiti politik di keempat-empat negeri tersebut adalah berdasarkan emosi, tidak kepada pentadbiran. “Di Negeri Kelantan, kita ada dua orang wakil […]

» Read more

Politik Prestasi Perlu Dirasa Rakyat, Bukan Sekadar Angka Dan Laporan – Shahaniza

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ketua Penerangan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata dalam landskap politik semasa, kejayaan tadbir urus dan prestasi kerajaan tidak lagi menjamin sokongan berterusan rakyat sekiranya ia gagal diterjemahkan secara berkesan. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menjelaskan fenomena ini jelas kelihatan di beberapa buah negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) di […]

» Read more

Azalina Cadang Tubuh Sayap Digital, Kuasai Politik Media Sosial

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan penubuhan sayap digital perlu dilakukan bagi memperkukuh struktur komunikasi parti seiring tuntutan landskap politik masa kini. Menurut beliau, sayap digital ini bukan diwujudkan hanya untuk pilihan raya sebaliknya ia berperanan sebagai struktur setara di peringkat bahagian dan cawangan bagi melaksana gerak kerja digital. “Saya ingin […]

» Read more

Ahmad Zahid Tekankan Strategi Menyerang Dalam Perang Saraf Politik

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru akar umbi parti untuk memanfaatkan media sosial sebagai medan utama bagi menyampaikan maklumat tepat serta menangkis serangan fitnah terhadap parti. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata senario politik sebelum ini yang menyaksikan elemen fitnah menjadi senjata pihak tertentu dalam menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) suatu […]

» Read more

PAU 2025: Politik Era Digital Tuntut Gerak Kerja Lebih Strategik – Suraya

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob berpandangan gerak kerja penerangan hari ini menuntut peranan lebih strategik dan mendahului dalam membentuk naratif politik, selari dengan perubahan landskap komunikasi semasa. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pendang berkata, pendekatan konvensional dalam menyampaikan maklumat tidak lagi mencukupi, memandangkan medan politik hari ini sudah beralih ke platform digital […]

» Read more

Perjuangan UMNO Berterusan Terutama Pendidikan Melayu – Puad

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Pengerusi Sekretariat Pendidikan dan Penyelidikan UMNO Malaysia, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata UMNO bukan sahaja parti idealis tetapi juga realistik. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menjelaskan parti ini tidak bermain dengan formula tetapi ‘walk the talk’ dengan agenda yang realistik. “Ini kerana UMNO merupakan sebuah parti perjuangan yang lahir daripada penentangan […]

» Read more

PAU 2025 Amat Penting, Signifikan Tentukan Hala Tuju Parti – Mohd Rafi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, mengucapkan Selamat Bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO yang hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2025, menyifatkan perhimpunan kali ini sebagai amat penting dan signifikan dalam menentukan hala tuju parti ke hadapan. Menurut beliau, Perhimpunan Agung ini menjadi medan utama bagi UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 […]

» Read more
1 11 12 13 14 15 18