Mohamad Gariskan Arahan Operasi Sayap Hadapi PRU-16

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menggariskan Operasi Sayap bagi Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti. Menurut Menteri Luar itu, Wanita UMNO dipertanggungjawabkan sebagai Agen Ekonomi Rumah Tangga, Pemuda UMNO sebagai Pendesak, Pemantau, Penjaga Bangsa dan Loceng Kecemasan manakala Puteri UMNO bertindak sebagai Jentera Perang […]

» Read more

Perasmian Sayap: Ucapan Tok Mat Galakkan Pemuda Terus Berpolitik ‘Cara Kita’

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Noor Azleen Ambros berpandangan bahawa ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) memberi galakan untuk Pemuda UMNO terus berpolitik mengikut cara mereka. Ujarnya, saranan dan pandangan yang diberikan ketika ucapan itu berlangsung bertepatan dengan usaha perlu dilakukan pada masa kini mengikut iklim politik sedia ada. “Pertamanya, […]

» Read more

PAU 2025: Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bermula

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Persidangan sayap-sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO secara rasmi bermula hari ini sebagai pembuka tirai kepada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang menghimpunkan ribuan perwakilan dari seluruh negara. Persidangan Wanita UMNO diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, manakala Persidangan Pemuda UMNO berlangsung di Dewan Merdeka dan Persidangan Puteri UMNO pula diadakan di Dewan Tun […]

» Read more

Pemuda UMNO Sokong Penegasan Tok Mat, Penyertaan Kerajaan Demi Kestabilan Negara – Jamil Pauzi

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Exco Pemuda UMNO, Md Jamil Pauzi menyokong penuh penegasan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa perasmian sayap UMNO, bahawa penyertaan parti dalam Kerajaan Perpaduan adalah demi kestabilan negara, bukan kerana gila kuasa. Menurutnya, pendirian yang disuarakan dalam ucapan semasa perasmian sayap-sayap UMNO itu wajar difahami secara menyeluruh oleh semua pihak, khususnya akar umbi […]

» Read more

Perkasakan Lagi Media Sosial, Teknologi Semasa Untuk UMNO Kekal Relevan – Lokman

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menekankan bahawa penggunaan media sosial dan teknologi terkini perlu dipertingkatkan selaras dengan gesaan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi memperkukuhkan UMNO menghadapi cabaran semasa. Menurut Lokman, ahli parti bukan sahaja perlu menangkis tohmahan pihak lawan, tetapi juga memperluaskan penggunaan media sosial untuk […]

» Read more

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Kerjasama politik sama ada dalam Kerajaan Perpaduan hari ini, atau apa jua bentuk pakatan masa hadapan bukanlah tiket percuma untuk mana-mana pihak untuk melunakkan prinsip asal UMNO, demikian tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Ujarnya, UMNO memberi amaran kepada beberapa pihak agar jangan mencabar garis merah (red line) teras utama negara iaitu hak […]

» Read more

UMNO Perlu ‘Gangguan Kreatif’, Usaha Pendigitalan Mesti Dilaksana – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 14 Jan – UMNO perlu melakukan perubahan secara drastik melalui apa yang digelar sebagai ‘creative disruption’ atau gangguan kreatif bagi memastikan kelangsungan parti dalam landskap politik semasa yang semakin mencabar. Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menyampaikan ucapan dalam perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia 2025, malam ini, […]

» Read more

Ucapan Dato’ Seri Mohamad Hasan – Perasmian Serentak Wanita, Pemuda, Puteri UMNO

TEKS UCAPAN PERASMIAN SERENTAK DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN PERHIMPUNAN AGUNG WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA 2025 14 JANUARI 2026 DEWAN MERDEKA, PWTC Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Yang Berhormat Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Yang Berbahagia Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, […]

» Read more

Presiden Tekankan Peranan Digital Dalam Memperkasakan UMNO – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melihat dunia digital hari ini perlu diaplikasikan sebaik mungkin dalam usaha memperkukuhkan parti terutama berdepan dengan pelbagai cabaran. Menurut beliau perkara berkenaan antara yang ditekankan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025. Terdahulu Ahmad Zahid […]

» Read more

AI Chatbot UMNO: Cermin Kesediaan UMNO Manfaatkan Teknologi Sebagai Medium Penerangan

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Chatbot UMNO yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) telah dilancarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi. Gimik perasmian pelancaran AI Chatbot UMNO tersebut dilakukan sebagai simbolik kepada kesiapsiagaan Penerangan UMNO khususnya untuk mendepani pilihan raya akan datang. Ia turut mencerminkan kesediaan UMNO untuk memanfaatkan teknologi AI sebagai medium penerangan, penyampaian […]

» Read more
1 10 11 12 13 14 18