Perhimpunan Agung UMNO 2025 Medan Perkukuh Kesatuan dan Hala Tuju Parti

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Perhimpunan Agung UMNO 2025 disifatkan sebagai wadah penting untuk menyatukan suara, menyusun kekuatan serta memperteguh perjuangan parti dalam mendepani cabaran semasa politik, ekonomi dan sosial negara. Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, meskipun perhimpunan ini merupakan acara tahunan yang sentiasa dinanti oleh ahli dan perwakilan, maknanya jauh melangkaui rutin biasa kerana ia […]

» Read more

Johari Ghani Alu-Alukan Kehadiran Perwakilan Ke Perhimpunan Agung UMNO 2025

KUALA LUMPUR, 13 Jan — Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani mengalu-alukan kehadiran seluruh perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri dari seluruh negara ke Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), bermula hari ini hingga 17 Januari 2026. Beliau berkata, PAU perlu dijadikan sebagai platform terbaik untuk memperkukuh hubungan sesama […]

» Read more

PAU 2025 Jadi Platform Kukuhkan Kesatuan UMNO – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) medan terbaik untuk memperkukuh kesepaduan dan kesatuan parti, selain mematangkan perbahasan secara berhemah serta memperjelas hala tuju perjuangan UMNO demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, PAU 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dari 14 […]

» Read more

UMNO Tidak Pernah Tolak, Eksploitasi Islam – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO tidak pernah menolak atau mengeksploitasikan agama Islam dalam perjuangannya. Ujarnya, jasa besar UMNO untuk memartabatkan Islam melalui Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan termasuk memperkukuhkan peranan Raja-Raja Melayu tidak boleh dilupakan. “Saya ingin menegaskan satu perkara; UMNO tidak pernah menolak Islam dan UMNO juga tidak pernah […]

» Read more

Multaqa Ilmuwan Islam Perkukuh Perkongsian Ilmu Bersama Masyarakat

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Pengerusi Yayasan Ilmuwan Islam Malaysia, Datuk Dusuki Ahmad melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT apabila Multaqa Ilmuwan Islam berjaya dianjurkan pada tahun ini sebagai platform perkongsian ilmu bersama masyarakat. Menurut beliau, penganjuran multaqa tersebut menghimpunkan ulama, ilmuwan Islam dan cendekiawan lain dalam usaha memperkukuh kefahaman umat terhadap pelbagai isu semasa berkaitan agama serta masyarakat. […]

» Read more

Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh menafikan jasa UMNO dalam mencorakkan agama Islam di negara ini. Ujarnya, UMNO ditubuhkan bukan sekadar untuk menentang Malayan Union dan memperoleh kemerdekaan bahkan bagi membangunkan semula jati diri yang terhakis akibat penjajahan. “Di akhir-akhir era penjajahan apabila UMNO ditubuhkan, ia bukan ditubuhkan […]

» Read more

PAU: Jangan Terperangkap Dengan Perbezaan, Jadikan Sumber Kekuatan Parti – Akmal Zharif

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang berlangsung saban tahun terus menjadi medan penting memperkukuh perjuangan parti, bukan sahaja dalam kalangan ahli dan pendokong UMNO, malah sebagai ruang menilai keupayaan parti mendepani cabaran politik semasa. Seiring dengan itu, Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO yang menghimpunkan perwakilan dari seluruh negara menjadi platform strategik dalam menyatukan pemikiran serta memperkasakan peranan […]

» Read more

Noraini Seru Ahli UMNO Jadikan PAU 2025 Medan Penyatuan, Pengukuhan Perjuangan Parti

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr. Noraini Ahmad mengalu-alukan kehadiran seluruh perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri dari seluruh negara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dari 14 hingga 17 Januari 2026. Menurut beliau, PAU 2025 bukan sekadar persidangan tahunan, malah merupakan medan […]

» Read more

UMNO Buka Tirai PAU 2025, Tumpu Penyatuan Dan Strategi Parti – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dari 14 hingga 17 Januari 2025 menjadi medan penting bagi memperkukuh kesatuan parti serta memperjelas hala tuju perjuangan UMNO. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perhimpunan tahunan itu menghimpunkan seramai 6,412 perwakilan melibatkan UMNO, Wanita, Pergerakan Pemuda dan […]

» Read more

Semoga Perjalanan PAU 2025 Dipermudah, Beri Sinar Baharu Buat Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin mendoakan agar perjalanan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 dipermudahkan dan akan memberi sinar baharu kepada rakyat terutamanya orang Melayu. Ujarnya, tahun 2025 telah memberi banyak pengajaran kepada UMNO dalam landskap politik terutamanya apabila sudah tiga tahun bersama dengan Kerajaan Perpaduan. “Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan […]

» Read more
1 13 14 15 16 17 18