Pilih Wakil Rakyat Yang Efektif, Selari Antara Kerajaan Negeri Dan Pusat – Khaled

BAKRI, 6 Sept – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru pengundi di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram memilih wakil rakyat yang selari dan ada hubungan antara kerajaan negeri dan pusat. Ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu, ini akan membolehkan wakil rakyat tersebut mampu memberikan khidmat yang efektif serta berkesan dalam menyelesaikan […]

» Read more

Rancang Tebuk Atap, Pas/PN Tidak Hormat Keputusan Rakyat Pada PRU Lalu – Nur Jazlan

PULAI, 6 Sept – Pas/Perikatan Nasional (PN) tidak menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat kerana masih merancang untuk membentuk kerajaan Persekutuan melalui cara lain seperti menebuk atap dengan mencuri ahli-ahli Parlimen pihak lawan. Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, meskipun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu Pas masih menjanjikan penyokongnya untuk membentuk kerajaan di persekutuan sekiranya […]

» Read more

1,144 Projek Libatkan RM61.1 Bilion Dilaksanakan Di Sabah Tahun Ini – Ahmad Maslan

KOTA KINABALU, 6 Sept – Sebanyak 1,144 projek merentasi kementerian dengan jumlah peruntukan RM61.1 bilion dilaksanakan di Sabah sepanjang tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata jumlah projek berkenaan adalah jumlah terbesar berbanding negeri lain dan jumlah projek berkenaan telah meningkat daripada tahun lepas iaitu 1,048 projek dengan peruntukan sebanyak RM48.1 bilion. “Selain itu, […]

» Read more

Nazri Abdul Rahman Mahu Perkasa Program Kebajikan Sedia Ada Di Simpang Jeram

MUAR, 6 Sept – Meskipun tiada manifesto khusus diumumkan untuk pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram, calon Pakatan Harapan (PH) Nazri Abdul Rahman berkata perjuangan yang dilakukan oleh penyandang kerusi itu, sebelum ini akan diteruskan. Nazri berkata beliau yakin apa yang telah ditinggalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai satu legasi yang perlu diperkasakan, terutamanya berkaitan kebajikan rakyat […]

» Read more

Mohd Jafni Seru Pengundi Buat Pilihan Sebaiknya, Pilih Calon Kerajaan Perpaduan

PULAI, 6 Sept – Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berharap agar para pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram membuat pilihan sebaiknya dengan memberikan peluang kepada calon-calon Kerajaan Perpaduan. Jelas Exco Kerajaan Negeri Johor itu, beliau amat bersetuju dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar agar […]

» Read more

Kemenangan PH Di Simpang Jeram Isyarat Kebersamaan, Jangan Terpedaya Dakyah Pihak Lawan

BAKRI, 6 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram amat penting kerana ia satu isyarat yang jelas untuk menunjukkan kebersamaan di antara parti-parti Kerajaan Perpaduan. Pesan Ketua Menteri Melaka itu, pengundi khususnya ahli UMNO jangan terpedaya dengan dakyah pihak lawan kerana mereka […]

» Read more

Hormati Sistem Kehakiman Negara, Tidak Perlu Bawa Ke Parlimen Atau Protes – Peguam

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Peguam, Shahrul Fazli Kamarulzaman menempelak pihak yang mahu melakukan protes membabitkan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, daripada semua 47 pertuduhan. Menurut beliau, sedangkan Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan 11 alasan kepada hakim bagi menghentikan prosiding kes berkenaan dan Hakim telah membenarkan permohonan tersebut. “Ada pihak […]

» Read more

Demi Masa Depan Johor, Pengundi Jangan Beri Signal Yang Silap – Hasni

BAKRI, 6 Sept – Penasihat Ekonomi (Pelaburan) Negeri Johor Datuk Seri Ir Hasni Mohammad berkata demi masa depan negeri, pengundi di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dinasihati jangan memberi isyarat yang silap dengan memilih pembangkang. Kata Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, kestabilan politik di Johor yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Menteri Besarnya Datuk Onn Hafiz […]

» Read more

Kebenaran Berpihak Pada Presiden, Pendakwaan Untuk Jatuhkan UMNO – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Hasmuni Hassan memanjatkan kesyukuran setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamdidi dilepas tanpa dibebaskan. Ini kerana katanya tuduhan yang dihadapi oleh Presiden UMNO cukup berat dengan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi. “Alhamdulillah… Presiden […]

» Read more

Jalaluddin Bidas Pembangkang Tandus Isu, Tiada Perancangan Demi Masa Depan Rakyat

BAKRI, 6 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias membidas pembangkang yang ketandusan isu sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sepertimana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini. Katanya, pembangkang hanya mengelirukan pengundi khususnya orang Melayu dengan memainkan sentimen agama dan bangsa tetapi tiada apa-apa perancangan demi kemajuan negara […]

» Read more
1 561 562 563 564 565 1,910