Melaka Pastikan Catuan Air Tidak Jejaskan Rakyat Dalam Tempoh Panjang

MELAKA, 10 Mac – Kerajaan Negeri Melaka akan berusaha memastikan catuan bekalan air di negeri ini tidak menjejaskan rakyat dalam tempoh yang panjang khususnya umat Islam menjelang bulan Ramadan ini, kata Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali. Antara langkah jangka pendek yang akan cuba diambil kira untuk dilaksanakan ialah mengurangkan masa atau hari catuan yang dijadualkan namun ia bergantung pada […]

» Read more

Sultan Nazrin Terima Peletakan Jawatan Ahmad Faizal Sebagai MB Perak

IPOH, 10 Mac – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak berkuat kuasa hari ini. Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Kol (B) Datuk Abd Rahim Mohamad Nor menerusi satu kenyataan di sini. Terdahulu, Ahmad Faizal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, telah […]

» Read more

Enam Angkat Sumpah Sebagai Senator Sebelum Angkat Sumpah Jawatan Kabinet

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Seramai enam senator baharu mengangkat sumpah di Dewan Negara hari ini susulan pengumuman pelantikan mereka menyertai kabinet semalam. Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran di Bangunan Parlimen di sini. Mereka ialah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang akan memegang portfolio Menteri di […]

» Read more

Kerajaan Dan Rakyat Perlu Seiring Majukan Negeri Melaka – Ketua Menteri

MELAKA, 10 Mac – Kerajaan dan rakyat perlu bergerak seiring dalam usaha memajukan lagi negeri Melaka, kata Ketua Menteri Melaka yang baharu Datuk Sulaiman Md Ali. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, selain itu semua 17 orang ADUN yang telah menyatakan kerjasama membentuk kerajaan negeri Melaka yang baharu, juga harus bergerak seiring bagi merealisasi hasrat itu. […]

» Read more

Ahmad Faizal Umum Letak Jawatan MB Perak

IPOH, 10 Mac – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuat kuasa hari ini selari dengan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada Pakatan Harapan (PH). Menurut Pengerusi Bersatu Perak itu, beliau telah menyembah maklumkan mengenai peletakkan jawatannya kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam pertemuan di Istana Kinta di sini, hari ini. “Saya […]

» Read more

Kabinet Baharu Gabungan Tokoh Melangkaui Batasan Kaum  Dan Latar Kerjaya – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, atas pengumuman Kabinet Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang dianggotai oleh rencaman tokoh-tokoh yang melangkaui batasan kaum dan latar kerjaya. Menurut beliau gabungan dan kombinasi menerusi kabinet tersebut dilihat mampu melonjakkan […]

» Read more

MCA, MIC Kembali Dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan barisan Jemaah Menteri pelbagai kaum dengan turut menamakan dua Ahli Parlimen daripada MCA. Beliau berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam dilantik sebagai Menteri Pengangkutan. Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng pula memegang jawatan […]

» Read more

PM Umum Senarai Kabinet… Citra Baharu Penuhi Aspirasi Rakyat

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan barisan kabinet yang dilantik menerusi gandingan Perikatan Nasional (PN). Jelas beliau, lantikan kabinet ini adalah citra baharu yang memenuhi aspirasi rakyat. “Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri untuk membentuk sebuah kabinet yang mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa negara kita ke mercu kejayaan yang lebih […]

» Read more

Empat ADUN PH Perak Keluar Parti, Sokong Perikatan Nasional

IPOH, 9 Mac – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan Harapan (PH) hari ini bertindak meninggalkan parti masing-masing dengan seorang ADUN PKR menyertai Bersatu, serta dua ADUN Dap dan seorang ADUN Amanah meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas. Mereka yang terlibat ialah ADUN PKR Kuala Kurau Datuk Abdul Yunus Jamahri yang menyertai Bersatu, dan […]

» Read more

PH, Tun M Dan Guan Eng Tinggalkan Banyak Masalah Kepada Negara – Tun Faisal

KUALA LUMPUR, 9 Mac – “Apa masalah Mahathir, Lim Guan Eng, PH tinggalkan kepada kita? Demikian persoalan yang ditimbulkan oleh bekas Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Tun Faisal Ismail Aziz di Facebook miliknya. Menjawab persoalan tersebut ujar Tun Faisal, selain sering membentangkan bajet tahunan yang tidak realistik, PH juga kerap menambahkan hutang negara dan menjarah duit Petronas. “Ekonomi yang merosot, […]

» Read more
1 1,908 1,909 1,910 1,911 1,912 2,255