Kebenaran Berpihak Pada Presiden, Pendakwaan Untuk Jatuhkan UMNO – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Hasmuni Hassan memanjatkan kesyukuran setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamdidi dilepas tanpa dibebaskan.

Ini kerana katanya tuduhan yang dihadapi oleh Presiden UMNO cukup berat dengan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

“Alhamdulillah… Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

“Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memberitahu bahawa, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi Timbalan Perdana Menteri bagi menggugurkan kesemua tuduhan.

“Selama ini apa yang berlaku kepada Presiden UMNO ini ialah pendakwaan politik yang hanya mahu menjatuhkan reputasi UMNO sahaja. Maka, terbuktilah bahawa agenda jahat itu tidak berjaya dan hanya sia-sia sahaja,” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) didakwa dengan 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah melepas tanpa membebaskan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhubung dana Yayasan Akalbudi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.