UMNO Beaufort Perkemas Gerak Kerja, Bersedia Untuk PRU-16

BEAUFORT, 23 Sept — UMNO Bahagian Beaufort terus memperkemas gerak kerja organisasi dan memperkukuh kesiapsiagaan jentera parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat, menerima kunjungan Lawatan Kerja Jawatankuasa Tumpuan Operasi Pilihan Raya (JKTOP) UMNO Sabah ke kawasan tumpuan PRU-16 UMNO Bahagian Beaufort yang diketuai Pengerusi JKTOP merangkap Bendahari UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri […]

» Read more

Isu Najib: Tahanan Rumah Bukan Kes Pertama – Hasnal Rezua

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Tahanan rumah bukanlah sesuatu yang pertama kali berlaku di negara ini, sebaliknya pernah dilaksanakan dalam kes terdahulu membabitkan cucu kepada tokoh politik dan perniagaan, Tun H.S. Lee, kata Pengamal Undang-undang, Datuk Hasnal Rezua Merican. Beliau berkata, antara contoh yang pernah berlaku kes Kenneth Lee Fook Mun yang disabitkan atas kesalahan berkaitan kematian seorang wanita, Linda […]

» Read more

Terima Kasih Pengkalan Batu, Segala Kenangan Kekal Di Hati – Kak Som

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Ketua Wanita UMNO Negeri Melaka, Datuk Kalsom Noordin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu atas sokongan, doa serta kebersamaan mereka sepanjang beliau menjalankan amanah sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan. Kalsom yang lebih dikenali sebagai ‘Kak Som’ berkata, tempoh lima tahun kelihatan singkat, namun cukup sarat dengan […]

» Read more

KPM ‘Cari Pasal’? Kaitan MITI Dalam Ekuiti Bumiputera IPS Dipersoal

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta menjelaskan secara terbuka dan telus dakwaaan mengaitkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam keputusan menggugurkan syarat pemilikan ekuiti 30 peratus Bumiputera bagi pengendali Institusi Pendidikan Swasta (IPS). Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, berkata persoalan timbul apabila MITI mengeluarkan kenyataan berasingan yang menafikan penglibatannya dalam menentukan […]

» Read more

Mohamad Hasan Ketuai Delegasi Malaysia Ke UNGA 81

NEW YORK, 23 Sept: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-81 di sini bermula hari ini hingga 27 Sept, dengan Malaysia dijangka mengulangi komitmennya terhadap multilateralisme, undang-undang antarabangsa serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang lebih kukuh dan berkesan. Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Nadzirah Osman berkata penyertaan Malaysia […]

» Read more

Visit Sabah 2027 Diperkukuh Dengan Tambahan Penerbangan China

KOTA KINABALU, 23 Sept – China Eastern Airlines merancang meningkatkan kekerapan penerbangan terus dari Shanghai ke Kota Kinabalu kepada dua atau tiga penerbangan sehari, selain meneroka kemungkinan membuka laluan baharu Beijing–Kota Kinabalu. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan Senior Vice President of Marketing and Sales China Eastern Airlines, Yang […]

» Read more

Terima Kasih Warga Merlimau, Amanah Tidak Saya Lupakan – Dr Akmal

MERLIMAU, 23 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Merlimau atas kepercayaan yang diberikan kepadanya sepanjang empat tahun 10 bulan memikul amanah sebagai wakil rakyat. Menurut Akmal yang merupakan penyandang ADUN di sini, kepercayaan masyarakat Merlimau merupakan satu amanah besar yang hadir bersama harapan dan masa depan rakyat yang […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Tahniah, Adeola Sumbang Emas Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengucapkan tahniah kepada atlet karate negara, Adeola Fay Robert, selepas mencipta kejayaan membanggakan dengan menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kejayaan berkenaan turut menamatkan penantian karate wanita Malaysia untuk meraih pingat emas di […]

» Read more

Industri Pertahanan Tempatan Perlu Tingkat Keupayaan, Daya Saing – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Pembangunan industri pertahanan tempatan perlu terus diperkukuh bagi meningkatkan keupayaan, teknologi dan daya saing negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata pertahanan negara bukan sekadar berkaitan perolehan aset, malah turut melibatkan pembangunan industri pertahanan tempatan bagi memperkukuh keupayaan berdaulatdan kebergantungan kendiri negara. Mohamed Khaled berkata usaha memperkasa industri berkenaan juga penting […]

» Read more

WSC Shanghai 2026 Buka Ruang Rangkaian Pelaburan Industri Baharu – Ahmad Maslan

SHANGHAI, 23 Sept – Penyertaan Malaysia pada WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2026 bukan sahaja menjadi medan menguji keupayaan peserta muda negara dalam bidang kemahiran malah membuka peluang untuk memperluas rangkaian pelaburan industri baharu melalui pendedahan kepada keupayaan tenaga kerja mahir tempatan. Chef de mission WSC negara Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keyakinan pelabur asing terhadap keupayaan tenaga kerja mahir tempatan […]

» Read more
1 … 48 49 50 51 52 … 2,350