Graduan TVET Pemacu Industri Masa Depan Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai antara pemacu penting industri masa depan negara. Menurut beliau yang juga Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya selepas Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah di Dewan Tuanku Canselor, UPSI, perkembangan pesat teknologi termasuk […]

» Read more

Kemelut Negeri Sembilan Berpunca Daripada Kerajaan Terdahulu – Menteri Besar

SEREMBAN, 24 Sept — Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan kemelut membabitkan Institusi Adat dan Raja yang berlaku ketika ini bukan berpunca daripada pentadbiran semasa, sebaliknya merupakan masalah yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata, kegagalan Menteri Besar terdahulu melaksanakan tanggungjawab sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan termasuk proses yang sepatutnya disempurnakan telah […]

» Read more

Crowdfunding Bantu Najib Berpotensi Dapat Sokongan – Hasnal Rezua

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Usaha mengumpul dana menerusi pendanaan awam (crowdfunding) bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan denda RM50 juta berpotensi mendapat sokongan daripada kenalan lama dan penyokong bekas Perdana Menteri itu. Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, rangkaian kenalan serta penyokong Najib berkemungkinan tampil menyumbang bagi membantu memenuhi jumlah yang ditetapkan sebagai antara […]

» Read more

Tindakan RoS Gantung PN Bukan Dibuat Sewenang-wenangnya – Ahmad Zahid

TANJONG MALIM, 24 Sept – Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) bukan dilakukan dengan sewenang-wenangnya, sebaliknya berdasarkan aduan yang diterima. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, menjadi tanggungjawab RoS menjaga kepentingan anggota mana-mana pertubuhan yang berdaftar dengan pertubuhan tersebut di bawah Akta Pertubuhan 1966. “Tentunya ada beberapa kepincangan […]

» Read more

SDG Bersasar: Pendekatan Berasaskan Data, Fahami Realiti Masyarakat Tempatan

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Sustainable Development Goals (SDG) ataupun Matlamat Pembangunan Mampan (MPM) bersasar merupakan pendekatan berasaskan data untuk memahami realiti masyarakat tempatan. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, pendekatan tersebut membolehkan kerajaan merancang intervensi yang tepat pada sasaran. “Mengakhiri lawatan di Sarawak, saya menghadiri Majlis Penutupan Program SDG Bersasar 2026, Peringkat […]

» Read more

Kepercayaan Rakyat Lendu Amanah Paling Bermakna Buat Sulaiman

MELAKA, 24 Sept – Kepercayaan yang diberikan rakyat menjadi antara amanah paling bermakna buat Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan. Sulaiman yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, setiap kepercayaan, sokongan dan doa daripada masyarakat Lendu menjadi kekuatan untuk beliau terus membawa suara rakyat […]

» Read more

Mohamad Hasan Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Agung Komanwel Di New York

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, memulakan jadual rasmi beliau di New York, Amerika Syarikat dengan menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Komanwel, Shirley Botchwey. Pertemuan itu antara lain membincangkan hala tuju Komanwel dalam menghadapi pelbagai cabaran global semasa. Menurut Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya, Shirley turut berkongsi perkembangan serta […]

» Read more

Terima Kasih Paya Rumput, Tetap Di Hati – Rais

MELAKA, 24 Sept – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Rais Yasin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput susulan berakhirnya penggal DUN Melaka dan pembubaran DUN pada Rabu. Rais yang sebelum ini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Melaka berkata, tempoh sepanjang melaksanakan […]

» Read more

Pahang Perkukuh Industri Kerbau Tenusu Menerusi Teknologi, Kepakaran

KUANTAN, 24 Sept – Kerajaan Negeri Pahang memperkukuh pembangunan industri kerbau tenusu menerusi usaha mendapatkan baka berkualiti, teknologi moden dan kepakaran. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif itu dilaksanakan oleh kerajaan negeri menerusi lawatan kerja sektor penternakan di Itali dengan berkunjung ke Rota Guido SRL di Cremona. Beliau berkata, lawatan itu memberi tumpuan kepada usaha memahami […]

» Read more

Rang Undang-Undang Ganti AUKU Dijangka Dibentang Di Parlimen Disember Ini – Zambry

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Disember ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir. Beliau berkata kementerian itu sedang giat berusaha melengkapkan siri libat urus secara komprehensif dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan RUU itu mengambil kira […]

» Read more
1 … 46 47 48 49 50 … 2,350