Suhaimi Tekankan Kesetiaan Jentera BN Hadapi PRN Sabah

LIBARAN, 2 Okt – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir menegaskan kepada seluruh jentera dan ahli parti di semua peringkat agar tidak menjadi “duri dalam daging” dalam perjuangan politik, sebaliknya mengutamakan kesetiaan, keikhlasan dan keutuhan saf perjuangan. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Ramah Mesra di PDM Gum-Gum, di sini, baru-baru ini. “Dalam perjuangan yang sama, kita mesti ada keseimbangan. […]

» Read more

Veteran UMNO Gesa Kerajaan Tekan Israel, Kutuk Penahanan Sukarelawan Sumud Flotilla

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Veteran UMNO Malaysia mengecam keras tindakan Israel yang menahan sukarelawan antarabangsa khususnya rakyat Malaysia yang menyertai misi Sumud Flotilla bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tindakan Israel itu merupakan satu perbuatan jenayah antarabangsa kerana menyasarkan sukarelawan yang tidak membawa sebarang ancaman, sebaliknya hadir atas dasar kemanusiaan untuk […]

» Read more

Konvensyen URA: Resolusi Penting Untuk Masa Depan Masyarakat Bandar – TPr Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Ketua UMNO Bahagian Kepong, TPr Abdul Razak Abdul Rahman berharap Konvensyen Melayu Bandar yang akan diadakan esok di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur dapat menghasilkan satu rumusan serta resolusi penting demi masa depan masyarakat Melayu di kawasan bandar. Katanya, konvensyen itu dilihat sebagai platform terbaik untuk menilai pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar […]

» Read more

My GIG Angkat Suara Pekerja, Pemacu Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Setiausaha Majlis Ekonomi GIG Malaysia (My GIG), Fairuz Jamaluddin diberi tanggungjawab utama memastikan kelancaran pentadbiran, menyelaras keputusan mesyuarat, serta mendokong pelaksanaan dasar-dasar strategik badan tersebut. Jelasnya, pekerja gig Malaysia akan dilengkapi dengan kemahiran tambahan bagi meningkatkan daya saing, sekali gus membuka laluan kepada mereka untuk menyertai sektor formal dengan pendapatan lebih stabil dan tetap. “Selaras […]

» Read more

Malaysia Tuntut Pembebasan Serta-Merta, Tanpa Syarat Semua Yang Berada Di Atas Flotila Gaza

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Malaysia menuntut pembebasan serta-merta dan tanpa syarat semua aktivis, petugas kemanusiaan dan kru yang berada di atas Global Sumud Flotila (GSF), termasuk rakyat Malaysia serta kapal-kapal mereka. Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra turut menuntut penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dapat dilakukan dengan selamat dan tanpa halangan. Sehingga […]

» Read more

ADUN Parit Yaani: Hukuman FIFA Kecewakan Peminat Bola Sepak Tanah Air

BATU PAHAT, 2 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Datuk Najib Samuri menyifatkan tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan hukuman terhadap tujuh pemain warisan Harimau Malaya serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai amat mengecewakan peminat bola sepak negara. Menurut beliau, pengumuman itu dibuat tanpa penjelasan terperinci dan alasan yang jelas, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati […]

» Read more

Ketua Menteri Melaka Kecam Tindakan Israel, Seru Jaminan Keselamatan Peserta GSF

MELAKA, 2 Okt – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengecam keras tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap konvoi Global Sumud Flotilla yang dilaporkan dipintas ketika dalam perjalanan membawa bantuan ke Gaza. Beliau berkata insiden yang membahayakan keselamatan peserta dan kru misi tersebut adalah satu pencabulan hak kemanusiaan antarabangsa dan menimbulkan kebimbangan besar. “Atas kapasiti dan suara rakyat Melaka serta […]

» Read more

Konvensyen URA Perkukuh Peranan UMNO Perkasa Komuniti Melayu Bandar

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Zaidi Md Zain mengharapkan agar Konvensyen Akta Pembangunan Semula Bandar (PSB) atau URA dapat memperkukuh peranan UMNO dalam memperkasa komuniti Melayu Bandar. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bangi berkata, Rang Undang-Undang (RUU) URA sebeanrnya berpotensi untuk menjadi pemangkin pembangunan bandar yang inklusif jika kepentingan orang Melayu tidak […]

» Read more

Wanita Sabah Realitikan Politik Matang, Bersatu Demi Perkasa Wanita – Noraini Idris

KOTA KINABALU, 2 Okt – Wanita UMNO/ Barisan Nasional (BN) Sabah membuktikan bahawa perbezaan ideologi bukan penghalang untuk bersatu memperjuangkan kepentingan bersama apabila satu pertemuan bersejarah, pemimpin wanita daripada pelbagai parti politik tampil mengangkat misi memperkasakan wanita sebagai agenda utama negeri dan negara. Pengerusi Wanita BN Sabah, Datuk Noraini Idris yang juga Ketua Wanita UMNO Sabah menegaskan, perjuangan wanita perlu […]

» Read more

Puteri UMNO Kecam Tindakan Israel, Desak Pembebasan Sukarelawan Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel yang menahan 12 sukarelawan Malaysia termasuk aktivis muda dan figura seni tanah air, Zizi Kirana serta Farah Lee, ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, keberanian sukarelawan tersebut merupakan lambang jiwa generasi muda Malaysia yang […]

» Read more
1 275 276 277 278 279 2,246