Konvensyen URA: UMNO Tegas Pastikan Pembangunan Bandar Berpaksikan Keadilan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO komited memastikan pembangunan semula bandar melalui inisiatif Urban Renewal Authority (URA) berpaksikan prinsip keadilan sosial serta tidak menekan penduduk asal. Menurut beliau, Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang berlangsung hari ini merupakan platform penting anjuran UMNO untuk menghimpunkan suara rakyat, […]

» Read more

Tambah Baik RUU URA, Ambil Kira Kepentingan Dan Keperluan Rakyat

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) perlu diperhalusi dengan baik bagi mengambil kira kepentingan dan keperluan rakyat. Beliau yang juga Ketua Pasukan Khas UMNO untuk penambahbaikan RUU Akta URA berkata ia tidak ditolak sepenuhnya kerana pembangunan semula penting mengambil kira keperluan tersusun seiring dengan pembangunan […]

» Read more

Konvensyen Usul RUU URA Ditangguh, Tuntut Perlindungan Hak Pemilik Hartanah

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar hari ini menggesa kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar bagi membolehkan kajian semula menyeluruh dilaksanakan. Konvensyen berpendapat draf RUU berkenaan mengandungi banyak kelemahan yang boleh menjejaskan hak pemilik hartanah serta membuka ruang kepada eksploitasi pemaju. Menurut resolusi yang dibentangkan, pembangunan semula bandar diperlukan berikutan banyak kediaman di kawasan […]

» Read more

UMNO Sabah Kecam Tindakan Israel Halang Bantuan Sumud Flotilla

KOTA KINABALU, 3 Okt – UMNO Negeri Sabah mengecam keras tindakan rejim Israel yang menahan para sukarelawan antarabangsa misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa. Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan, meskipun Kementerian Luar Israel memaklumkan bahawa sukarelawan akan dihantar pulang, persoalan utama tetap kekal iaitu mengapa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang menderita dihalang? […]

» Read more

101 Ahli PPBM Masjid Tanah Keluar Parti Bukti Keyakinan Rakyat Kian Merosot – Kalsom Noordin

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Ketua Wanita UMNO Negeri Melaka, Datuk Kalsom Noordin atau lebih dikenali sebagai ‘Kak Som’, menegaskan bahawa tindakan keluar beramai-ramai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuktikan keyakinan rakyat terhadap parti itu semakin merosot. Semalam, dilaporkan seramai 101 orang ahli akar umbi PPBM Bahagian Masjid Tanah, Melaka mengumumkan keluar daripada parti berkenaan serta-merta selepas hilang kepercayaan […]

» Read more

Konvensyen URA: UMNO Sentiasa Komited Cari Penyelesaian Untuk Rakyat, Negara

KUALA LUMPUR, 3 Okt – UMNO Sentiasa komited mencari penyelesaian terhadap segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat, kata Ketua Pasukan Khas UMNO untuk penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Akta URA, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Bercakap di Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar (URA), beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, peratusan urbanisasi negara akan terus meningkat seiring dengan peredaran zaman. “Sejak kemerdekaan […]

» Read more

BN Bersolidariti Bersama Sukarelawan Global Sumud Flotilla

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Barisan Nasional (BN) menyelar sekeras-kerasnya tindakan zalim rejim Zionis Israel yang menahan sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk rakyat Malaysia dan sukarelawan antarabangsa lain yang membawa mesej keamanan serta bantuan ke Gaza. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan menegaskan bahawa misi flotilla tersebut adalah usaha kemanusiaan yang sah […]

» Read more

Konvensyen URA: Pandangan Segenap Lapisan Masyarakat Bakal Bantu Tambah Baik

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Pandangan yang dilontarkan segenap lapisan masyarakat pada Konvensyen Akta Pembangunan Semula Bandar (PSB) atau URA bakal membantu Rang Undang-Undang (RUU) tersebut ditambah baik sebelum dibentangkan di Parlimen. Jawatankuasa Petugas Khas untuk Penambahbaikan Akta RUU URA, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, UMNO tidak menolak keperluan dan kepentingan akta tersebut namun ia perlu diperhalusi dari pelbagai […]

» Read more

Sumud Flotilla: Pendekatan Diplomasi, Bukan Ketenteraan Lebih Wajar Digunakan – Khaled

KOTA TINGGI, 2 Okt – Pendekatan diplomatik dilihat sebagai langkah paling sesuai dan wajar digunakan dalam mengendalikan isu penahanan rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF), bagi memastikan keselamatan dan nyawa mereka terpelihara. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pendekatan ketenteraan tidak boleh menjadi pilihan, kerana ia berisiko mengancam keselamatan dan nyawa tahanan yang kini dalam […]

» Read more

Solidariti Terhadap Sukarelawan Global Sumud Flotilla – Wan Rosdy

KUANTAN, 2 Okt – Kerajaan Negeri Pahang menzahirkan solidariti penuh terhadap semua sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera rejim Israel ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini. Menteri Besar Pahangnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Naib Presiden UMNO dalam kenyataan berkata, beliau merakamkan rasa dukacita dan keprihatinan mendalam terhadap nasib […]

» Read more
1 274 275 276 277 278 2,246