UMNO Mesti Jadi Pelopor Pastikan Akta Pendanaan Politik Diwujudkan – Noraini

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata UMNO mesti menjadi pelopor untuk pastikan Akta Pendanaan Politik segera diwujudkan. Ujar Menteri Perladangan dan Komoditi itu, akta tersebut dalam usaha parti hendak membina sistem politik yang adil dan matang, dan ia memerlukan satu iltizam politik yang tinggi dan progresif. “Dengan akta ini setiap sen […]

» Read more

Dr Akmal Letak Jawatan Exco Kerajaan Negeri Melaka

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini mengumumkan peletakan jawatan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkuat kuasa minggu depan. Beliau mengumumkan perkara itu ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari […]

» Read more

Noraini Terus Sepakat, Kunci Kebangkitan UMNO Hadapi PRU16

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menegaskan bahawa kekuatan sebenar UMNO terletak pada kesepakatan dalaman, bukan semata-mata pada kemenangan atau kekalahan pilihan raya. Berucap dalam Ucapan Dasar sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia 2025 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini, beliau mengingatkan bahawa perpecahan dalaman adalah ancaman […]

» Read more

Tumpu Dan Fokus Ke Depan, Hadapi Cabaran Politik – Hafiz

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin menegaskan keperluan untuk seluruh saf Pemuda UMNO terus bersatu dan fokus menghadapi beberapa siri pilihan raya yang bakal ditempuh menjelang penghujung penggal 2023–2026. Berucap ketika membentangkan laporan pergerakan itu  pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2025 di Dewan Merdeka, beliau berkata perjalanan perjuangan parti ketika ini bukanlah mudah memandangkan UMNO […]

» Read more

Parti Perlu Beri Kata Putus Had Umur Puteri UMNO – Nurul Amal

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menggesa parti segera memberi kata putus mengenai permintaan mereka yang sering diutarakan agar dinaikkan had umur ahli Puteri. Kata Nurul Amal, menaikkan had umur Puteri daripada 35 tahun ke 40 tahun adalah bagi memastikan pelapis yang telah dilatih dalam Puteri tidak hilang begitu sahaja apabila […]

» Read more

Perwakilan PAU 2025 Hadir Bawa Semangat Perjuangan Demi A,Ba,Ta

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 hari ini bermula dengan lancar dan teratur di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) apabila persidangan Wanita, Pemuda, Puteri bermula sementara perwakilan untuk PAU 2025 mula berdaftar pada pagi ini, melibatkan perwakilan dari seluruh negara. Pendaftaran tersebut melibatkan perwakilan PAU yang akan menyertai persidangan pada 16 dan 17 Januari ini melibatkan seramai […]

» Read more

Wanita UMNO Johor Sokong Amanat Tok Mat, Tekad Perkukuh Gerak Kerja Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Wanita UMNO Johor menyatakan sokongan penuh terhadap ucapan perasmian serentak oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, sempena Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia 2025, yang disifatkan sebagai amanat strategik dalam memperkukuh hala tuju parti. Ketuanya, Asiah Md Ariff, berkata ucapan tersebut bukan sekadar peringatan politik, malah satu penilaian jujur dan realistik […]

» Read more

Mohamad Gariskan Arahan Operasi Sayap Hadapi PRU-16

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menggariskan Operasi Sayap bagi Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti. Menurut Menteri Luar itu, Wanita UMNO dipertanggungjawabkan sebagai Agen Ekonomi Rumah Tangga, Pemuda UMNO sebagai Pendesak, Pemantau, Penjaga Bangsa dan Loceng Kecemasan manakala Puteri UMNO bertindak sebagai Jentera Perang […]

» Read more

Perasmian Sayap: Ucapan Tok Mat Galakkan Pemuda Terus Berpolitik ‘Cara Kita’

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Noor Azleen Ambros berpandangan bahawa ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) memberi galakan untuk Pemuda UMNO terus berpolitik mengikut cara mereka. Ujarnya, saranan dan pandangan yang diberikan ketika ucapan itu berlangsung bertepatan dengan usaha perlu dilakukan pada masa kini mengikut iklim politik sedia ada. “Pertamanya, […]

» Read more

Perkasakan Lagi Media Sosial, Teknologi Semasa Untuk UMNO Kekal Relevan – Lokman

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menekankan bahawa penggunaan media sosial dan teknologi terkini perlu dipertingkatkan selaras dengan gesaan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi memperkukuhkan UMNO menghadapi cabaran semasa. Menurut Lokman, ahli parti bukan sahaja perlu menangkis tohmahan pihak lawan, tetapi juga memperluaskan penggunaan media sosial untuk […]

» Read more
1 277 278 279 280 281 2,357