Bukan Hanya Tommy Thomas Letak Jawatan, Dakwa Sekali Pemimpin PH Cetus Perpecahan

KUALA LUMPUR, 27 Sept. – PDRM bukan sahaja perlu teruskan siasatan dan heret pembunuh Muhammad Adib ke muka pengadilan atau Peguam Negara perlu meletak jawatan tetapi tindakan juga perlu dibuat terhadap mereka yang dipercayai mengeluarkan kenyataan dengan niat mengaibkan dan membangkitkan perpecahan keamanan. Demikian kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berhubung keputusan Inkues kematian Allahyarham Muhammad […]

» Read more

‘Rule Of Law’ Bukan Retorik, Tommy Thomas Mesti Dipecat Atau Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – UMNO Perak mengulangi pendirian serta gesaan supaya Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas meletak jawatan atau dipecat. Demikian tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berikutan keputusan Mahkamah Koroner yang memutuskan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim ‘menemui ajal akibat perbuatan pihak ketiga’. “Keputusan ini bertentangan dengan affidavit beliau. Bagi memastikan keadilan ditegakkan, Tommy […]

» Read more

PDRM Dan Jabatan Peguam Negara Perlu Bertindak, Permulaan Keadilan Buat Adib’

ALOR SETAR 27 Sept. – UMNO Kedah menyifatkan keputusan Mahkamah Koroner hari ini bahawa kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim adalah akibat dipukul oleh sekumpulan lelaki Disember tahun lalu, sebagai permulaan untuk keadilan buat Allahyarham. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata, pihaknya bersyukur kerana keadilan telah ‘ditunjukkan’ dan berdoa agar pihak yang bersalah dalam kejadian tersebut, dibawa […]

» Read more

Tindakan Pramatang, AG Perlu Letak Jawatan Dan Minta Maaf Kepada Keluarga Adib

ALOR SETAR, 27 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah melahirkan rasa syukur dengan keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini yang memberi pembelaan terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim. Ketua Penerangan pergerakan tersebut, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, ekoran daripada ini, Peguam Negara Tommy Thomas perlu bertangggungjawab terhadap tindakan ‘premature’ beliau dalam kes ini dengan […]

» Read more

PH Tak Ubah Seperti Pemerintahan Diktator, Henti Ugut Penjawat Awam

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris melihat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin hari tidak tidak menghormati prinsip demokrasi yang diamalkan di Malaysia apabila terbaharu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa pentadbirannya telah mengenal pasti penjawat awam yang menyokong pembangkang. Soalnya, di manakah prinsip demokrasi yang selama ini didukung […]

» Read more

Khalid Nak Jadi Batu Api, Tak Malu Ke? – Ka Siong

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad sememangnya aktif dalam media sosial. Sering kali apabila timbul sesuatu isu melibatkan parti pembangkang, beliau akan menghias garis masa Twitter dan Facebook miliknya dengan sindiran-sindiran sinis. Terbaharu, beliau menyindir UMNO apabila Ahli Majlis Tertinggi parti itu, Datuk Lokman Noor Adam mencadangkan supaya calon MCA diletakkan dalam Pilihan Raya Kecil […]

» Read more

Separuh Keadilan Kepada Adib Kini Tertegak

PULAU PINANG 27 Sept. – Badan Perhubungan UMNO negeri menyifatkan separuh keadilan kepada Muhammad Adib Mohd. Kassim kini tertegak ekoran keputusan Mahkamah Koroner hari ini yang merumuskan kematian anggota bomba itu adalah akibat perbuatan jenayah dua atau lebih individu yang tidak dikenali. Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, separuh lagi keadilan kini adalah untuk mencari dalang atau pelaku yang menyebabkan […]

» Read more

Kes Adib: Keadilan Yang Harus Dituntut Dari Semua Pihak

KUALA LUMPUR, 27 Sept. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersyukur dan menyambut baik keputusan Mahkamah Koroner hari ini yang telah memutuskan bahawa kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca dari perbuatan jenayah akibat dipukul. “Dengan ini Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi secara tegas mendesak kerajaan dan pihak […]

» Read more

Dakwaan Keluar Kenyataan Berbaur Perkauman Tak Benar, Hentikan Provokasi – Nurul Amal

KUALA LUMPUR, 27 Sept. – Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak bermaksud membenarkan tindakan yang diambil oleh Arwah Muhammad Khairil, sebaliknya ia merupakan satu doa semata-mata. Beliau berkata demikian berhubung dengan isu yang viral pada 26 September, mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan palsu dan berbaur perkauman dalam isu kes kematian di sebuah […]

» Read more

Keputusan Kes Allahyarham Adib Kejayaan Rakyat Malaysia

SHAH ALAM, 27 Sept – Ini kemenangan buat rakyat Malaysia… itulah luahan Exco Pemuda Muhammad Faiz Hashim berkaitan keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam yang memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim akibat dipukul dan diserang oleh pihak ketiga. Justeru jelas beliau, Peguam Negara Tommy Thomas harus segera meletak jawatan kerana secara tidak langsung telah terbukti gagal bersikap berkecuali […]

» Read more
1 … 2,172 2,173 2,174 2,175 2,176 … 2,372