PDRM Dan Jabatan Peguam Negara Perlu Bertindak, Permulaan Keadilan Buat Adib’

ALOR SETAR 27 Sept. – UMNO Kedah menyifatkan keputusan Mahkamah Koroner hari ini bahawa kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim adalah akibat dipukul oleh sekumpulan lelaki Disember tahun lalu, sebagai permulaan untuk keadilan buat Allahyarham.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata, pihaknya bersyukur kerana keadilan telah ‘ditunjukkan’ dan berdoa agar pihak yang bersalah dalam kejadian tersebut, dibawa segera ke muka pengadilan.

Katanya, beliau juga berharap supaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terperinci dan memburu individu yang telah mengakibatkan kematian anggota bomba itu.

“Ini permulaan keadilan (Adib), semoga mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan dengan segera,” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Koroner hari ini bahawa kematian Muhammad Adib adalah akibat dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Sehubungan itu, Koroner Rofiah Mohamad menyarankan agar Ketua Polis Negara dan Jabatan Peguam Negara membuat siasatan lanjut yang difikirkan perlu. – UTUSAN

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.