‘Rule Of Law’ Bukan Retorik, Tommy Thomas Mesti Dipecat Atau Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – UMNO Perak mengulangi pendirian serta gesaan supaya Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas meletak jawatan atau dipecat.

Demikian tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berikutan keputusan Mahkamah Koroner yang memutuskan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim ‘menemui ajal akibat perbuatan pihak ketiga’.

“Keputusan ini bertentangan dengan affidavit beliau. Bagi memastikan keadilan ditegakkan, Tommy mesti melepaskan jawatan kerana kes ini telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Soal beliau, bagaimana Peguam Negara dapat bertindak secara adil serta tidak memihak sedangkan affidavit beliau telah membuktikan, Tommy sudah mempunyai ‘pre-set mind’ terhadap kes ini?

“Ini bukanlah kali pertama Peguam Negara dilihat membuat keputusan berdasarkan ‘pre-set mind’. Kes banglo bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, misalnya dibuang oleh pejabat Peguam Negara.

“Memandangkan beliau adalah bekas peguambela dalam kes ini, persepsi di mata rakyat adalah keputusan berkenaan mempunyai hubungkait dengan peranan beliau dalam kes sebelum ini.

“Selagi beliau dilibatkan dalam kes ini, keputusan yang dibuat akan mendatangkan kesangsian serta persoalan. Harus diingat, ‘keadilan bukan sahaja mesti ditegakkan, tetapi mestilah dilihat sebagai adil’.”

Oleh itu katanya, bagi memulihkan imej sistem perundangan negara, tindakan tegas mestilah diambil dengan memecat Tommy Thomas.

“Selagi ia beliau tidak meletakkan jawatan atau dipecat rakyat akan terus melihat pemerkosaan system undang-undang negara dan akibatnya akan hilang kepercayaan kepada sistem ini.

“Kita tidak mahu konsep ‘rule of law’ yang dilaung-laungkan oleh kerajaan hanya menjadi retorik semata-mata bagi mereka mendapatkan kepercayaan rakyat.

“Kepercayaan rakyat Nampak sudah jelas diperkotak-katikkan selama ini dan dalam isu ini ia semakin nampak kejelekannya,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.