Kerjasama UMNO, PAS Anugerah Lebih Berharga

KANGAR 26 Ogos – Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sememangnya memedihkan, namun di sebalik kekalahan tersebut, Allah SWT telah memberikan anugerah yang lebih berharga iaitu penyatuan orang Melayu dan Islam. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, Allah SWT telah menggantikan dengan nikmat yang lebih besar iaitu kerjasama UMNO, Pas dan […]

» Read more

Skuad SABIL: Platform Canai Nilai Sukarelawan Dan Semangat Perjuangan

BENTONG, 26 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggagaskan Skuad SABIL sebagai suatu platform untuk mencanai nilai kesukarelawanan dan semangat perjuangan, ujar Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Ini kerana katanya supaya setiap anak muda yang menyertai Skuad SABIL mempunyai idealisme, roh, akal dan jiwa UMNO yang setia serta berkhidmat untuk membela Islam, mempertahankan maruah bangsa dan memperkasa negara berasaskan […]

» Read more

PH Di Ambang Perpecahan

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat bersendirian dalam menghadapi konflik dan krisis dalaman Pakatan Harapan (PH). Lebih memburukkan lagi apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa menolak kepemimpinan beliau melalui perancangan strategi yang kini aktif dilaksanakan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, situasi yang […]

» Read more

Jangan Bertolak Ansur Dengan Pihak Ancam Keharmonian Negara

PONTIAN 24 Ogos – Keselamatan rakyat menjadi tanggungjawab kerajaan dengan memastikan tiada pihak cuba menimbulkan ketegangan antara kaum termasuk dalam kalangan pemimpin. Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan menegaskan tiada pihak terkecuali daripada tindakan undang-undang sekiranya ucapan atau kenyataan yang dibangkitkan menimbukan keresahan orang ramai. Ttanpa merujuk kepada pihak-pihak tertentu, beliau berkata, sewajarnya semua pihak dapat memahami dan […]

» Read more

Negara Berada Dalam Suasana Cukup Mencabar, Rakyatnya Pula Berdepan Cabaran Getir

  JASIN, 24 Ogos – Negara hari ini dilihat berada dalam suasana yang cukup mencabar manakala rakyatnya pula bakal mendepani cabaran yang cukup getir setelah kerajaan yang dibentuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu tidak melaksanakan apa yang sepatutnya. Malah lebih teruk tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah bukan sahaja apa yang mereka tawar tidak […]

» Read more

Kes Rogol Amah… Dap Melindungi Mangsa Atau Pemangsa?

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Tindakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak merangkap Ahli Parlimen Beruas YB Ngeh Koh Ham membuat laporan polis kononnya ada pihak yang membawa ‘amah’ (warga Indonesia) yang mendakwa dirinya dirogol oleh Exco Kerajaan Negeri Perak yang juga ADUN Dap YB Yong Khoo Kiang merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan memalukan. Demikian bidas Naib Presiden […]

» Read more

Tindakan Paul Yong Enggan Bercuti Bertentangan Prinsip ‘Rule Of Law’

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Badan Perhubungan UMNO Perak terkejut dengan tindak balas Bendahari Dap Perak, YB Paul Yong Choo Keong yang secara terbuka menolak gesaan YAB Menteri Besar Perak supaya dia bercuti daripada tugas rasmi sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Perak, Datuk Saarani Mohamad melihat bahawa kenyataan Paul Yong itu bukan sahaja satu […]

» Read more

Paul Yong Wajar Bercuti, Dap Jangan Campuri Prosiding Mahkamah, Tegas Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Pemuda UMNO kesal dengan sikap pemimpin-pemimpin Dap yang bersungguh-sungguh mempertahankan Exco Kerajaan Negeri Perak Paul Yong dengan mendatangkan pelbagai teori konspirasi sedangkan mahkamah baharu sahaja mendengar pertuduhan, ujar Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. “Sepatutnya mereka yang kononnya memperjuangkan prinsip ‘Rule of Law’, menyerahkan sepenuhnya kepada sistem kehakiman dan perundangan untuk menentukan sama ada pemimpin […]

» Read more

PH Dibidas Lagi, Tidak Hilang Prestij Guna Bahasa Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Kementerian Belia dan Sukan menukar nama program Hari Sukan Negara 2019 kepada Malaysia Sports Challenge 2019 (MySC’19) tidak boleh diterima dan disifatkan sebagai tidak menghormati bahasa kebangsaan. Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusof berkata, kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong kononnya pertukaran nama tersebut untuk meningkatkan prestij program […]

» Read more

PH Perlu Sedar Hal Negatif, Gojek Bakal Beri Kesan Kepada Wanita – Haryaty

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Ketua Wanita UMNO Kota Melaka Haryaty Hamdzah berkata keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersetuju dengan cadangan mewujudkan jenis perkhidmatan teksi motosikal (Go-Jek) dilihat tidak sesuai dan boleh mengundang bahaya terutama sekali penunggang wanita. Katanya faktor keselamatan bagi kaum wanita sebagai pengguna juga perlu diberi penekanan khusus kerana majoriti yang bakal membawa Go-jek adalah lelaki . […]

» Read more
1 … 2,149 2,150 2,151 2,152 2,153 … 2,381