Semoga Tahun 2020 Kehidupan Rakyat Lebih Baik – Tok Mat

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang lebih sinonim dengan panggilan Tok Mat mendoakan semoga hari-hari berikutnya bagi tahun 2020 khususnya, kehidupan rakyat di Malaysia akan jadi lebih baik dari sebelumnya.

Beliau berkata demikian sempena ucapan tahun baru 2020.

“Setinggi-tinggi kesyukuran di atas apa sahaja nikmat Allah SWT sepanjang tahun 2019 yang lalu.

“Mari bersama-sama kita berusaha dan berdoa, agar segala kesusahan dan kesulitan akan digantikan dengan kesenangan dan kemudahan, segala kesedihan dan kekecewaan akan digantikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan jua, insya-Allah… Amin,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.