Mohamad Alamin Calon BN PRK Parlimen Kimanis

KIMANIS, 1 Jan – Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan Ketua UMNO bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen kawasan berkenaan pada 18 Januari nanti.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin di Bilik Gerakan BN PRK Parlimen Kimanis, di sini, hari ini.

Datuk Mohamad Alamin atau lebih dikenali dengan panggilan Moh merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan dan merupakan anak tempatan kawasan terbabit.

PRK Kimanis diadakan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu yang mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman ketika PRU-14 sebagai tidak sah dan terbatal.
Ia selepas Mahkamah Persekutuan mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya tersebut, sekaligus menjadikan ia PRK ke-10 selepas PRU-14.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Parlimen P176 Kimanis diadakan pada 18 Januari 2020. Penamaan calon ditetapkan pada 4 Januari manakala tarikh mengundi awal ialah pada 14 Januari.- UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.