2020 Tahun Mencabar, UMNO Mesti Bela Rakyat – Dr Shamsul Anuar


KUALA LUMPUR, 1 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kita mungkin berhadapan dengan suasana negara yang politiknya semakin bergelora, ekonomi semakin muram, kebajikan rakyat kian dikurangkan, kos sara hidup terus membebankan, perpaduan rakyat dipenuh cabaran, dan pelbagai lagi situasi yang merugikan.

Sehubungan itu katanya, UMNO tidak boleh biarkan rakyat dan negara terus begini.

“Kita mesti menjadi jurubicara dan membela kepentingan rakyat dan negara.

“Namun bagi membolehkan kita lakukannya. Segalanya menuntut pimpinan dan ahli UMNO disemua peringkat memperkukuhkan perpaduan. Agenda parti mesti kita letakkan di hadapan melebihi kepentingan diri atau kumpulan.

“Kita mesti menjadi ahli parti yang setia kepada perjuangan, dan taat serta patut kepada segala peraturan dan perlembagaan parti,” katanya dalam ucapan sempena tahun baru 2020, hari ini.

Kemudian, terang beliau, pimpinan parti telah letakkan halatuju perjuangan.

“Matlamat kita menjadi kerajaan semula mesti dilakukan bersama. Persiapkan segala kekuatan parti disemua peringkat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.”

Ujarnya, untuk rakyat menerima UMNO, kita mesti bersama pastikan UMNO dilihat hebat di mata rakyat.

“Kita mesti lakukannya. Selamat menyambut 2020. Kepada Allah Kita Berserah,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Lenggong. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.