Kerjasama Muafakat Nasional Berkesan Di Tanjung Piai – Abdullah Hussin

TANJUNG PIAI, 17 Nov – Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Hussin menganggap kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah kejayaan Muafakat Nasional dan berharap ia akan terus dipertingkat untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15. Katanya, ini sebagai ujian yang pertama selepas dimeterai Piagam Muafakat Nasional. “Kemenangan BN melalui calon MCA, Datuk Seri Dr Wee […]

» Read more

Referendum Rakyat, Pengundi Sudah Mula Bersuara – Jefridin

TANJUNG PIAI, 17 Nov – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi, semalam membuktikan bahawa rakyat sudah bersuara. Menurut Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan kemenangan tersebut cukup bermakna. Dengan kemenangan itu, Jeck Seng kini menjawat Ahli Parlimen Tanjung Piai sekali gus […]

» Read more

Terima Kasih Tanjung Piai.. Kemenangan “Kuasa Rakyat” Tolak Kerajaan PH

TANJUNG PIAI, 17 Nov –  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai sebagai keputusan “Kuasa Rakyat” yang menolak Kerajaan Pakatan Harapan dan menerima Muafakat Nasional. Tegasnya BN berjaya mencatat kemenangan besar biarpun berhadapan dengan Pakatan Harapan yang menggunakan segala jentera kerajaan, memberikan pelbagai bantuan dan peruntukan […]

» Read more

PRK Tg Piai: 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat 1 Petang

PONTIAN, 16 Nov – Sebanyak 50 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat pukul 1 petang tadi, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Facebook. Semua 27 pusat mengundi dengan 125 saluran dibuka tepat 8 pagi tadi. Proses pengundian yang akan berlangsung sehingga 5.30 petang ini melibatkan 52,471 pemilih berdaftar dan Suruhanjaya […]

» Read more

Wee Selesai Tunai Tanggungjawab, Antara Pengundi Terawal

PONTIAN, 16 Nov – Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck selesai menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berdaftar di Parlimen tersebut, dan menjadi antara pengundi paling awal. Dr Wee yang mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming 1 dan 2 di Pekan Nanas, tiba di pusat pengundian pada pukul 7.40 pagi. […]

» Read more

Proses Pengundian Bermula, Hari Penentuan PRK Tg Piai

TANJUNG PIAI, 16 Nov – Hari ini menjadi penentuan parti manakah yang akan menjadi pilihan rakyat Tanjung Piai apabila pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi, setelah lima belas hari berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan tersebut. Sebagai sebuah negara yang menjunjung proses demokrasi, adalah diharapkan proses pengundian berjalan lancar, aman dan penuh harmoni, tidak dicemari unsur-unsur provokasi […]

» Read more

Rejim PH Banyak Menyusahkan… Rakyat Gelisah, Gundah-gulana – Mohamad

TANJUNG PIAI, 15 Nov – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan merasa kecewa terhadap pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang telah memerintah negara ini selama setahun lapan bulan selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Katanya, inilah yang pertama kalinya rakyat merasa gelisah dan gundah-gulana terhadap kerajaan PH yang semakin hari keadaan politik negara tidak stabil. “Dah 18 […]

» Read more

Muafakat Nasional Bukan Ancaman, Platform Baharu Kepada Rakyat Yang Telah Tertipu – Tuan Ibrahim

TANJUNG PIAI, 15 Nov – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa Muafakat Nasional bukannya ancaman keselamatan negara atau memecah belahkan perpaduan rakyat, tetapi ia adalah sebuah platfom baharu bagi UMNO dan PAS. Jelas beliau, selepas piagam ditandatangani hinggalah ke himpunan malam tadi terbukti bahawa Muafakat Nasional diaplikasi sebagai asas penyatuan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, […]

» Read more

Doa Muafakat Nasional Untuk Tanjung Piai – Ahmad Zahid

TANJUNG PIAI, 15 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa gembira dan kagum kepada rakyat Tanjung Piai khususnya yang memberikan sokongan dan dukungan kepada calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng. Katanya, sokongan rakyat ini tentunya akan memberikan kemenangan kepada BN dalam PRK Tanjung Piai yang akan berlangsung Sabtu ini. Beliau yang […]

» Read more

Rakyat Sakit Hati Dan Geram, PH Kerajaan Berlandaskan Fitnah Terancang

TANJUNG PIAI, 15 Nov – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menegaskan bahawa kerajaan kemenangan yang dikecapi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah kemenangan yang berlandaskan fitnah dan pembohongan yang dirancang. “Kerajaan hari ini kerajaan yang menang atas fitnah yang zalim, pembohongan dan gagal memenuhi impian rakyat. Hari ini keadaan pentadbiran PH […]

» Read more
1 … 2,090 2,091 2,092 2,093 2,094 … 2,380