Dibayar Untuk Dapatkan Sokongan? Tidak Benar, Bidas Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak segelintir pihak mengaitkan dirinya semata-mata untuk mencapai cita-cita peribadi.

“Walaupun terlalu yakin tidak perlulah menggunakan pihak lain untuk mencapai cita-cita. Tuduhan ini TIDAK BENAR,” bidasnya dalam satu lontaran di Facebook.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memberi reaksi demikian ketika tular artikel di laman Facebook dan blog The Malaysia Online yang yang mendakwa terdapat kerjasama dan penawaran ganjaran antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid bagi menyelesaikan kemelut jawatan Perdana Menteri Kelapan.

Ulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Muafakat Nasional tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Dap.

“Pendirian kami tetap tidak berubah demi kebaikan agama, bangsa dan negara,” tegasnya.

Untuk rekod, negara sekarang berhadapan dengan kemelut politik yang diciptakan oleh Pakatan Harapan (PH) sendiri, bermula daripada perebutan jawatan kerusi Perdana Menteri hinggalah selepas runtuhnya kerajaan PH selepas 22 bulan memerintah negara. – UMNO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.