PKP: Hanya Boleh Keluar Rumah Dalam Radius Tidak Lebih 10 KM

KUALA LUMPUR, 1 April – Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 14 April menetapkan had perjalanan individu yang keluar rumah dalam tempoh itu bagi tujuan dibenarkan adalah dalam radius tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman. Menurut peraturan itu, yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta […]

» Read more

COVID-19: 108 Lagi Pesakit Sembuh, Peningkatan Harian Jumlah Sembuh Tertinggi Setakat Ini – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 1 April – Seramai 108 kes lagi pesakit dijangkiti COVID-19 berjaya sembuh hari ini, menyaksikan jumlah paling tinggi yang sembuh dan keluar wad dalam sehari. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan sembuh ialah 645 kes. Jumlah ini juga menyaksikan jumlah pesakit yang sembuh meningkat setiap hari sepanjang minggu ini dan kes baharu […]

» Read more

KPT Nafi Terlibat Sewa Pesawat Khas Bawa Pulang Penuntut Di Mesir

KUALA LUMPUR, 1 April – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial, berhubung penglibatan kerajaan dalam penyewaan pesawat khas untuk membawa pulang penuntut Malaysia di Mesir. KPT dalam satu kenyataan menyatakan, dakwaan tersebut telah mencetuskan situasi panik dalam kalangan pelajar dan ibu-bapa. “KPT telah berhubung dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK) dan […]

» Read more

Bantuan Prihatin: Individu ‘Tiada Rekod’ Boleh Kemuka Permohonan Baharu – LHDN

KUALA LUMPUR, 1 April – Individu yang memperoleh keputusan ‘tiada rekod’ ketika membuat semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh membuat permohonan baharu secara dalam talian sehingga 30 April ini. Mereka hanya perlu klik di ikon ‘permohonan baharu’ dan mengikut langkah seterusnya semasa membuat permohonan itu. Menurut kenyataan LHDN hari ini, permohonan secara […]

» Read more

COVID-19: 142 Kes Baharu Dan Dua Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 1 April – Sebanyak 142 lagi kes positif COVID-19 dicatatkan sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 2,908, manakala dua lagi kes kematian dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kematian akibat COVID-19 setakat ini ialah 45 kes, iaitu 1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Katanya seramai 102 kes positif COVID-19 sedang dirawat […]

» Read more

Segala Tindakan ATM, PDRM Kuat Kuasa PKP Ikut SOP – Panglima ATM

KUALA LUMPUR, 1 April – Segala tindakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada, kata Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang. Beliau berkata pihaknya tidak pernah mencederakan orang awam seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. “Saya kesal dengan tindakan segelintir rakyat […]

» Read more

Permohonan Keluar Wang Akaun2 i-Lestari KWSP Menerusi i-Akaun Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 1 April – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memohon Skim Pengeluaran Wang Akaun 2 i-Lestari bermula hari ini, menerusi i-Akaun (Ahli), selaras dengan langkah kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, KWSP berkata susulan lanjutan PKP, semua cawangan KWSP dan Pusat Urusan Perhubungan akan terus ditutup sehingga 14 April. […]

» Read more

Semakan Bantuan Prihatin Nasional Sehingga 30 April – LHDN

KUALA LUMPUR, 1 April – Orang ramai tidak perlu berpusu-pusu untuk membuat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana ia boleh dibuat pada bila-bila masa sehingga 30 April ini. Perkara itu dimaklumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya hari ini. Ia berikutan aliran trafik yang amat tinggi di laman rasmi portal itu susulan semakan dan […]

» Read more

Kira-Kira 510 Warga Gelandangan Diberi Tempat Berlindung – Datuk Bandar

KUALA LUMPUR, 1 April – Kira-kira 510 gelandangan diselamat dan ditempatkan di dua pusat transit dan empat pusat komuniti yang dijadikan penempatan sementara di sekitar ibu kota sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata selain Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang dan Anjung Singgah, Pusat Komuniti Sentul Perdana, Pusat Komuniti Setiawangsa, […]

» Read more

Tengku Hassanal Berkenan Tidak Terima Elaun Diraja Enam Bulan

KUANTAN, 1 April – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan tidak menerima bayaran Elaun Diraja selama enam bulan mulai April ini. Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata Tengku Hassanal berkenan menitahkan supaya Elaun Diraja itu disumbangkan ke Tabung COVID-19 Pahang. “Baginda berharap bantuan yang dicadangkan dan […]

» Read more
1 … 2,062 2,063 2,064 2,065 2,066 … 2,372