COVID-19: 108 Lagi Pesakit Sembuh, Peningkatan Harian Jumlah Sembuh Tertinggi Setakat Ini – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 1 April – Seramai 108 kes lagi pesakit dijangkiti COVID-19 berjaya sembuh hari ini, menyaksikan jumlah paling tinggi yang sembuh dan keluar wad dalam sehari.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan sembuh ialah 645 kes.

Jumlah ini juga menyaksikan jumlah pesakit yang sembuh meningkat setiap hari sepanjang minggu ini dan kes baharu harian yang semakin mendatar.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata tempoh yang diambil oleh seorang pesakit yang positif COVID-19 untuk sembuh ialah lebih kurang seminggu hingga dua minggu.

“Kita lihat pada kes juga… sebab kadang-kadang mereka dah tidak ada gejala tapi masih positif lagi. Kita kena tunggu sampai ujian dia negatif dua kali, lebih daripada 24 jam baru kita boleh discaj,” katanya menjawab soalan pemberita berhubung tempoh masa yang diperlukan oleh pesakit untuk sembuh daripada jangkitan COVID-19. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.