COVID-19: 121 Rakyat Malaysia Kandas Di Arab Saudi Dalam Keadaan Baik – Duta

KUALA LUMPUR, 2 April – Kesemua 121 rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi berikutan langkah pencegahan COVID-19, berada dalam keadaan baik dan Kedutaan Malaysia sedang berusaha untuk membawa mereka pulang. Duta Malaysia ke Arab Saudi Datuk Abd Razak Abdul Wahab berkata kedutaan di Riyadh dan Konsulat Jeneral di Jeddah sentiasa berhubung dengan kumpulan itu. Menerusi e-mel kepada Bernama, beliau […]

» Read more

Perlu Pandangan KKM Mengenai Bazar Ramadan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 2 April – Keputusan sama ada bazar Ramadan akan diteruskan atau sebaliknya bergantung kepada pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan situasi semasa COVID-19 di negara ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau, yang juga Menteri Pertahanan, bagaimanapun berkata buat masa ini masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu. “Tidak ada perbincangan formal lagi tentang perkara […]

» Read more

KKM Keluarkan SOP Pelaksanaan Sanitasi Awam

PUTRAJAYA, 2 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan sanitasi awam yang lebih efektif bagi membendung penularan wabak COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini berikutan terdapat banyak aduan berhubung cara proses nyah cemar berkenaan dilaksanakan pada masa ini. “Ada yang mengadu tidak mengikut peraturan dan sebagainya, jadi KKM […]

» Read more

Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar, Individu Masuki Malaysia Wajib Jalani Kuarantin Mulai Esok – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 2 April – Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan mana-mana individu yang memasuki negara ini diwajibkan menjalani kuarantin mulai esok. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan semua laluan darat, udara dan laut di semua pintu masuk negara termasuk Sabah dan Sarawak. “Hari esok, 3 hari bulan (April) bermulanya kuarantin wajib kepada […]

» Read more

RM100 Juta Diperuntukkan Di Bawah Inisiatif Wilayah Cakna, Bantu Golongan Terkesan PKP

PUTRAJAYA, 2 April – Seramai 100,000 orang akan menerima bantuan dan manfaat di bawah Inisiatif Wilayah Cakna melibatkan peruntukan sebanyak RM100 juta, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata peruntukan tersebut termasuk pengagihan bantuan dalam bentuk makanan dan barangan, pengecualian bayaran sewa selama enam bulan, sumbangan tunai kepada golongan miskin bandar serta peniaga kecil dan penjaja. “Sebelum […]

» Read more

Usaha Kerajaan Tangani COVID-19 Tidak Harus Diperlekeh – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 2 April – Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata tidak perlu mana-mana pihak untuk memperlekehkan sebarang usaha yang diambil oleh kerajaan dalam usaha memerangi COVID-19 hari ini. Tegas beliau apatah lagi cuba mencipta kebencian dan bermain politik sebaliknya perlu sama-sama ke depan agar wabak berkenaan tidak terus-menerus menghimpit rakyat dan negara ini. “Usaha ini […]

» Read more

Penganjuran Bazar Ramadan Tidak Sesuai Ketika Ini – Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 2 April – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah, penganjuran Bazar Ramadan adalah tidak sesuai diadakan susulan penularan wabak COVID-19 ketika ini. Baginda menegaskan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar, sekali gus boleh memberi kesan kepada kesihatan masyarakat secara keseluruhan, justeru penganjuran bazar Ramadan tidak wajar diadakan. “Kes positif COVID-19 masih dilaporkan berlaku, […]

» Read more

UMNO Sabah Terus Bantu Rakyat Terjejas COVID-19 – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 2 April – Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan bahawa penghantaran fasa pertama bantuan barang-barang makanan kepada mereka yang memerlukan akibat pengawalan pergerakan untuk memerangi jangkitan wabak COVID-19 telah dilaksanakan. Katanya, sebelum ini UMNO Sabah telahpun mula menggerakan jentera untuk membantu ‘frontliners’ seperti hospital, pelajar-pelajar dan lain-lain penguatkuasa yang terlibat. “Barang-barang berbentuk makanan dan sabun, […]

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 9 Pagi Ini – KKMM

KUALA LUMPUR, 2 April – Berikut senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini. 1. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan Migrant Care (Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat) bahawa kerajaan Malaysia mengusir rakyat Indonesia secara besar-besaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. […]

» Read more

Penghargaan Kepada Kerajaan, ‘Frontliners’… Peranan Kita Hentikan COVID-19 – Norsabrina

ALOR SETAR, 2 April – ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata, penghargaan harus diberikan kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba serta Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan semua ‘frontliners’ di kesemua kementerian termasuk RELA dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ekoran kawalan rantaian penyebaran wabak […]

» Read more
1 … 2,061 2,062 2,063 2,064 2,065 … 2,372