Rakyat, Orang Muda Ambil Iktibar ‘Zaman Kegelapan’ Negara Ketika Ditadbir PN

KUALA LUMPUR, 10 April – Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berharap rakyat khususnya orang muda mengambil iktibar zaman ‘kegelapan negara’ ketika ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut beliau ini kerana, terbukti ketidakcekapan Muhyiddin yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah memberi kesan besar kepada rakyat. “Kita tak boleh hendak baca ke […]

» Read more

Tengku Azman Dedah Taktik ‘Rage Baiter’, Seru Politik Berasas Fakta

KUALA LUMPUR, 10 April – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya politik berasaskan emosi yang semakin menular dalam landskap semasa. Beliau berkata, fenomena “rage baiter” kini semakin ketara apabila terdapat pihak tertentu yang lebih gemar memainkan sentimen dan membakar kemarahan rakyat serta ahli parti, berbanding membawa […]

» Read more

UMNO Kekal Antara Parti Tertua ASEAN Pada Usia 80 Tahun

KUALA LUMPUR, 10 April – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO, yang bakal mencecah usia 80 tahun, kekal sebagai antara parti politik tertua di rantau ASEAN, dengan legasi perjuangan yang mencerminkan ketahanan serta peranan penting dalam pembangunan negara. Timbalan Perdana Menteri berkata dengan sejarah yang panjang, UMNO telah melalui pelbagai fasa perjuangan dan perubahan landskap politik […]

» Read more

Kerajaan Komited Pastikan Kesejahteraan Anggota Tentera, Keluarga Diberi Keutamaan

KUALA LUMPUR, 10 April – Kerajaan komited untuk memastikan kesejahteraan anggota tentera dan keluarga terus diberi keutamaan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Mohamed Khaled memaklumkan beliau telah berkesempatan untuk menyampaikan Sumbangan Kebajikan Yayasan LTAT kepada 20 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan waris pada Jumaat. “Sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Kuching, Sarawak, […]

» Read more

‘Rumah Bangsa Bukti Presiden Terbuka, Manusia Boleh Berubah’

KUALA LUMPUR, 10 April – Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan gagasan Rumah Bangsa yang dibawa Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manifestasi kepada komitmen untuk mengukuhkan parti keramat ini. Menurut beliau ia dibuktikan apabila tiada syarat yang dikemukakan kepada bekas ahli untuk kembali kepada UMNO. “Bagi saya presiden UMNO ini adalah seorang yang sentiasa […]

» Read more

Perkasa PERDA-TECH: Pelbagai Strategik Akan Terus Dirangka, Dilaksanakan

KUALA LUMPUR, 10 April – Pelbagai perancangan strategik akan dirangka dan dilaksanakan untuk memperkasa Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH), kata Pengerusi Majlis Penasihat PERDA-TECH, Mohd Hilmi Elias. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa satu sesi libat urus bersama pengurusan tertinggi dan ketua-ketua jabatan di PERDA-TECH telah diadakan pada Jumaat. “Selepas diberi amanah oleh Pengerusi dan barisan Lembaga Pengarah […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan Penentu Masa Hadapan Parti, Perkukuh Ukhuwah Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 10 April – Persidangan UMNO cawangan pada kali ini telah membuka tirainya pada awal bulan yang menyaksikan akar umbi mula mengambil tempat dalam menjalankan tanggungjawab kepada parti keramat ini. Bagi Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, Mohd Safwan Jaafar, beliau menyifatkan ia sebagai ruang terbaik kepada setiap ahli parti dalam memberi pandangan secara konstruktif dalam memperkasa UMNO. Menurut beliau […]

» Read more

Rumah Bangsa Bukan Slogan, Kembali Kepada Perjuangan Asal – Suraya

KUALA LUMPUR, 10 April – Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaacob menyifatkan warkah terbuka yang disampaikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said semalam sebagai satu peringatan penting kepada ahli parti agar kembali memahami asas perjuangan sebenar. Menurut beliau, mesej yang dibawa dalam warkah tersebut bukan sekadar menjawab kritikan semasa, tetapi mengangkat konsep “Rumah Bangsa” sebagai satu […]

» Read more

Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir

LIBARAN, 9 April – Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Suhaimi Nasir menegaskan bahawa parti ini perlu terus memperkukuh struktur dan semangat perjuangan sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan kesinambungan masa hadapan. Menurut beliau, usaha memperkenalkan konsep “Rumah Bangsa” adalah teras dalam memantapkan proses pengukuhan, khususnya bagi menyatukan ahli dengan penghayatan kepada perjuangan UMNO di semua peringkat. […]

» Read more

UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air

KUALA LUMPUR, 9 April – Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan peranan UMNO besar dalam membentuk sejarah dan membawa kemerdekaan kepada negara yang terus dikenang rakyat sehingga ke hari ini. Beliau berkata meskipun berhadapan dengan dinamika politik namun perjuangan parti keramat ini dalam mengisi kemerdekaan dan pembangunan negara memberikan kesan signifikan kepada […]

» Read more
1 197 198 199 200 201 2,355