Agong Berkenan Terima Panggilan Telefon Presiden Turki Bincang Kerjasama Tangani Penularan COVID-19

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Istana Negara, hari ini. Menurut kemas kini terbaharu di laman Facebook rasmi Istana Negara, perbualan telefon selama 30 minit yang bermula pukul 4.00 petang itu bertumpu kepada perbincangan mengenai bagaimana Malaysia […]

» Read more

Rakyat Malaysia Diminta Hindar Kawasan Protes Di Amerika, Patuh Perintah Berkurung – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta menghindari kawasan protes dan patuhi perintah berkurung yang dikuatkuasa negara itu selepas ribuan penunjuk perasaan turun ke jalan raya berikutan insiden kematian George Floyd ketika ditahan polis, Isnin lepas. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menggesa rakyat Malaysia di negara itu untuk berdaftar segera dengan Kedutaan […]

» Read more

8 Jun Cuti Umum Hari Keputeraan Agong

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Isnin (8 Jun) diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan berkata pengisytiharan itu dibuat di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 dan telah diwartakan pada 18 Mac lepas. “Hari kelepasan am ini adalah termaktub sebagai hari cuti […]

» Read more

COVID-19: Tiada Kematian Sepuluh Hari Berturut-Turut, 51 Kes Pulih – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 1 Jun – Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan di Malaysia bagi tempoh 10 hari berturut-turut sejak 23 Mei lepas, dengan jumlah kumulatif kes kematian kekal pada 115 kes (1.46 peratus). Memaklumkan perkembangan terkini kes jangkitan COVID-19 di Malaysia yang semakin menunjukkan penurunan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya enam kes baharu melibatkan kes dalam kalangan […]

» Read more

Rentas Semenanjung-Sabah-Sarawak Bagi Suami Atau Isteri Perlu Kebenaran Polis

PUTRAJAYA, 1 Jun – Suami atau isteri yang perlu merentas negeri dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya untuk berjumpa pasangan dan keluarga masing-masing perlu mendapatkan kebenaran daripada polis terlebih dulu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kebenaran merentas negeri untuk suami atau isteri yang diberikan kerajaan bukanlah secara automatik. “Sebelum suami atau […]

» Read more

Bekukan Pengeluaran Lesen Baharu Penjualan Arak, Cadang Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa hari ini mencadangkan supaya kerajaan membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan. Beliau berkata lesen premis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap kedai-kedai menjual alkohol juga perlu diperketatkan susulan berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk. “Dengan berlakunya […]

» Read more

Hari Ulang Tahun TUDM Ke-62 Disambut Dalam Normal Baharu – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 1 Jun – Hari ulang tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ke-62 hari ini, disambut dalam normal baharu menggunakan platform media sosial, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, tiada lagi sambutan seperti kebiasaan dibuat, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak COVID-19. “Tiada lagi istiadat perbarisan, tiada lagi perhimpunan […]

» Read more

Penangguhan Solat Orang Awam Di Masjid, Surau Di Selangor Dilanjutkan Sehingga 30 Jun

SHAH ALAM, 1 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan tempoh penangguhan solat Jumaat dan solat lima waktu untuk orang awam di masjid serta surau di Selangor dilanjutkan sehingga 30 Jun bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda bertitah bahawa dalam tempoh itu, pelaksanaan solat Jumaat masih hanya dibenarkan dilakukan […]

» Read more

Agong, Permaisuri Zahirkan Selamat Hari Gawai

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang menyambut perayaan Gawai. Seri Paduka berdua bertitah : “Gayu Guru Gerai Nyamai. Happy Gawai to all our friends in Sarawak, we wish you a wonderful celebration, filled with […]

» Read more

TNB Diminta Perjelas Isu Bil Elektrik Esok – Menteri

IPOH, 31 Mei – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan penjelasan dan taklimat secara terperinci berkaitan isu diskaun dan bil elektrik yang menjadi rungutan rakyat ketika ini.  Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata beliau telah memanggil pihak TNB untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu di pejabatnya di Putrajaya, esok.  “Selaku menteri yang […]

» Read more
1 … 1,964 1,965 1,966 1,967 1,968 … 2,378