COVID-19: 57 Kes Positif, Tiada Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 31 Mei – Sebanyak 57 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif terkini ialah 7,819 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 57 kes baharu yang dilaporkan, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. “Daripada 47 kes penularan tempatan, 43 adalah kes bukan warganegara manakala kes […]

» Read more

Subsidi RM150 Setiap Saringan COVID-19 Untuk Majikan

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bersetuju menyediakan subsidi kepada majikan yang menjalankan ujian COVID-19 terhadap pekerja menerusi perluasan skop Program Saringan Prihatin (PSP) berkuat kuasa esok (1 Jun). Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan majikan dibenarkan membuat tuntutan subsidi bagi saringan COVID-19 sebanyak RM150 bagi setiap […]

» Read more

Sambut Gawai Dayak Secara Sederhana, Patuhi PKPB Putuskan Rantaian COVID-19

PUTRAJAYA, 31 Mei – Sambutan Gawai Dayak kali ini yang agak sederhana mengikut tatacara Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan yang jauh tidak dapat pulang ke kampung halaman meraikan bersama keluarga merupakan pengorbanan serta sokongan kepada usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19. Dalam kenyataan hari ini, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata sambutan kali ini berbeza kerana lazimnya […]

» Read more

Waktu Operasi Mesin ATM Kembali Seperti Biasa Mulai Esok – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 31 Mei – Waktu operasi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan kembali seperti biasa mulai esok bagi memudahkan orang ramai membuat urusan perbankan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun orang ramai mesti mematuhi penjarakan sosial ketika berurusan di mesin ATM, katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari […]

» Read more

Bekas Pesakit COVID-19 Kongsi Pengalaman, Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Terasa kematian begitu hampir! Itulah pergolakan emosi yang dilalui oleh seorang daripada pesakit COVID-19 apabila disahkan positif dijangkiti virus itu. Lebih memilukan, Aiza Syafinaz Shahak, 34, disahkan positif COVID-19 empat hari selepas kehilangan suaminya Inspektor Mohd Fairos Saberon, 36, yang meninggal dunia akibat dijangkiti virus yang sama pada 17 Mac lepas. Meskipun kini telah bebas […]

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular 31 Mei – KKMM

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini. 1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan pihaknya mahupun KP Kesihatan pernah mengeluarkan kenyataan tentang jadual pembukaan persekolahan dan universiti. Sehubungan itu, KPM memaklumkan sebarang maklumat berkaitan jadual […]

» Read more

COVID-19 : Malaysia Dalam Fasa Pemulihan Terakhir – Noor Hisham

PUTRAJAYA, 30 Mei – Malaysia kini dalam fasa pemulihan terakhir susulan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lepas berhasil mengurangkan penularan kes baharu COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada ketika ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei lepas turut berjaya menurunkan nilai kebolehjangkitan atau R0 […]

» Read more

PRK Chini : Bilangan Orang Hadir Di Pusat Penamaan Calon Dijangka Dihadkan – SPR

PUTRAJAYA, 29 Mei – Mengehadkan jumlah maksimum orang yang boleh hadir di pusat penamaan calon dan norma baharu dari segi berkempen antara prosedur operasi standard (SOP) dijangka diperkenalkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang, 4 Julai ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun berkata situasi itu terpaksa diubah dan berbeza dengan PRK […]

» Read more

Pelan Pemulihan Ekonomi Teruskan Kerjasama Kerajaan – Swasta, Kata Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Pelan pemulihan ekonomi jangka pendek yang bakal diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat ini akan meneruskan kerjasama antara kerajaan dan swasta bagi memastikan pelaksanaannya yang lebih lancar dan teratur.   Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata semua kementerian telah bertemu dengan pihak berkepentingan bagi melihat kemungkinan dan maklum balas untuk membolehkan […]

» Read more

PBT Berhak Tutup Taman Rekreasi Jika Ada Pelanggaran SOP

PUTRAJAYA, 29 Mei – Pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai hak untuk menutup kawasan rekreasi dan taman awam sekiranya mendapati ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) jelas menggariskan aktiviti perkumpulan ramai termasuk dalam senarai aktiviti terlarang sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan […]

» Read more
1 … 1,965 1,966 1,967 1,968 1,969 … 2,378