Raikan Tadau Kaamatan Dengan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

PUTRAJAYA, 29 Mei – Pengorbanan yang dilakukan untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan ketika menyambut Tadau Kaamatan pada tahun ini akan membantu mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk seluruh rakyat Malaysia. Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam perutusan Tadau Kaamatan hari ini berkata rakyat negara ini masih boleh bersama melalui pelbagai kaedah komunikasi moden […]

» Read more

Kadar Penggunaan Elektrik Kediaman Naik 23 Peratus Sepanjang PKP

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Kadar penggunaan elektrik dalam sektor kediaman meningkat kira-kira 23 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding penurunan 33 peratus penggunaan elektrik secara keseluruhannya di Semenanjung, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata langkah kerajaan menutup semua premis perniagaan dan menghentikan aktiviti ekonomi menyebabkan berlaku penurunan penggunaan elektrik di […]

» Read more

COVID-19: Malaysia Catat Kes Baharu Terendah Dengan 10 Kes Sejak PKP, Tiada Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 28 Mei – Jumlah kes positif baharu COVID-19 hari ini mencatat angka paling rendah dengan 10 kes, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lepas, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif terkini 7,629 kes. Lebih menggembirakan hari ini juga sekali lagi tiada kes kematian dicatatkan seperti sejak seminggu lepas dan jumlah kumulatif maut kekal pada 115. Ketua Pengarah […]

» Read more

Rujuk TNB, ST Jika Tidak Puas Hati Dengan Bil Elektrik – Menteri

IPOH, 28 Mei – Orang ramai yang tidak berpuas hati dengan bil elektrik mereka boleh merujuk dan mengajukan perkara itu kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau Suruhanjaya Tenaga (ST), kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata pihaknya mengakui terdapat keluhan dan kekeliruan rakyat mengenai perkara itu setelah menerima bil elektrik masing-masing selepas TNB menyambung […]

» Read more

Separuh Kos Kuarantin Pelajar Tajaan Di Luar Negara Ditanggung Penaja Mulai 1 Jun

PUTRAJAYA, 28 Mei – Separuh kos kuarantin di hotel bagi pelajar tajaan di luar negara yang telah tamat pengajian perlu ditanggung oleh pihak penaja setelah mereka pulang ke tanah air mulai 1 Jun ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 50 peratus caj kuarantin itu akan ditanggung oleh kerajaan manakala 50 peratus lagi akan ditanggung penaja. […]

» Read more

174 Rumah Ibadat Bukan Islam Beroperasi Semula Pada 10 Jun

PUTRAJAYA, 28 Mei – Sebanyak 174 rumah ibadat bukan Islam diluluskan untuk beroperasi semula pada 10 Jun ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Ibadat Dalam Zon Hijau. Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan hari ini berkata permohonan yang diluluskan adalah mengikut ketetapan yang digariskan dalam SOP seperti bilangan kehadiran maksimum 30 orang serta tertakluk kepada saiz keluasan rumah ibadat. Kelulusan untuk […]

» Read more

Op Benteng Diperhebat Pastikan Warga Asing Lolos Tidak Kembali Ke Malaysia- Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 28 Mei – Kerajaan akan memperhebatkan Op Benteng di semua sempadan negara, bagi memastikan warga asing yang lolos keluar untuk berhari raya di negara mereka, tidak akan kembali ke Malaysia. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi dan pemantauan oleh pihak berkuasa akan dipertingkat dan diperketatkan, terutama di lorong-lorong tikus masuk ke negara ini, bagi […]

» Read more

Berita Gembira Tapi Perang Lawan Covid-19 Belum Berakhir

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Malaysia mencatat angka paling rendah kes positif baharu COVID-19 semalam iaitu hanya 15 kes, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lepas. Menariknya, jumlah kes baharu itu memperlihatkan penurunan sangat mendadak berbanding 187 kes positif pada hari sebelumnya, yang sebahagian besar melibatkan individu bukan warganegara. Melihat situasi ini, jelas memberi semangat dan harapan untuk […]

» Read more

COVID-19: Kes Positif Catat Angka Paling Rendah Dengan 15, Tiada Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 27 Mei – Jumlah kes positif hari ini mencatat angka paling rendah dengan 15 kes sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lepas dan kembali pada dua angka selepas dua hari berturut-turut mencatat kes tiga angka. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 7,619 kes dan […]

» Read more

Kerajaan Kendalikan Isu Pekerja Asing Dengan Penuh Perikemanusiaan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 27 Mei – Tidak timbul isu kerajaan tidak berperikemanusiaan dalam pengendalian pekerja asing ketika negara sedang berdepan penularan wabak COVID-19, sebagaimana yang didakwa pihak-pihak tertentu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak yang menuduh kerajaan tidak berperikemanusiaan dalam isu berkenaan, seharusnya jelas dengan dua kategori pekerja asing, iaitu mereka yang mempunyai permit dan mereka yang […]

» Read more
1 … 1,966 1,967 1,968 1,969 1,970 … 2,378