Promosi Pelacuran… Apa Nak Jadi Dengan Malaysia Baru?

DAMANSARA, 18 Dis – Naib Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor membidas Kementerian Wilayah Persekutuan apabila membenarkan ‘billboard’ yang mempromosikan pelacuran diiklankan secara terbuka. Jelas beliau, adakah ini Malaysia Baru yang cuba dibawa oleh Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran mereka tanpa memikirkan impak buruk yang bakal merosakkan anak bangsa masa hadapan. “Pada pandangan saya, tindakan kononnya ‘terlepas pandang’ membenarkan ‘billboard’ […]

» Read more

Bandar Malaysia: PH U-Turn, Kerajaan Paling Hipokrit – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berharap rakyat Malaysia memahami pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah terdiri daripada mereka yang pembohong dan pemutarbelit. Tegasnya, dulu cakap lain sekarang cakap lain dan semuanya kerana inginkan kuasa. “Bandar Malaysia… entahlah terlalu banyak sangat U-turn Kerajaan PH ni. Apapun inilah kerajaan paling ‘hipokrit’ yang rakyat […]

» Read more

‘Conspiracy At The Highest Level’… Siapa VVIP Yang Pujuk Azila?

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menganggap akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani Cif Inspektor Azilah Hadri berhubung dakwaan pembabitan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah ‘conspiracy at the highest level’. Katanya, SD terbaru Azila tidak akan wujud tanpa adanya ‘VVIP’ yang hebat […]

» Read more

Johor Banjir, MB Ke Mesir… Tak Tahu Mana Prioriti Bagi Rakyat, Bidas Khaled

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Adalah malang ketika keadaan di Johor belum reda dan pulih sepenuhnya akibat dilanda banjir, Menteri Besar Johor Dr. Sahruddin Jamal memilih untuk mengadakan lawatan ke luar negara di Mesir, kesal Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Katanya, barangkali alasan yang akan digunakan adalah kerana lawatan tersebut sudah lama di rancang tetapi alasan sebegini […]

» Read more

Siapakah VVIP Yang Berjumpa Dengan Azilah? – TS Shafee

PUTRAJAYA, 17 Dis – Peguambela Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Tan Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan anggota polis, Azilah Hadri yang kini sedang menunggu hukuman gantung sampai mati kerana membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 lalu dibawa keluar dari Penjara Kajang pada Februari tahun ini untuk berjumpa beberapa individu termasuk VVIP. Berkata kepada […]

» Read more

Genap Setahun, Sampai Bila Perlu Tunggu Keadilan Untuk Arwah Adib? Soal Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya majoriti rakyat turut bersamanya mempersoalkan pihak yang berkuasa di negara ini yang sehingga kini masih belum membela kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. “Hari ni genap setahun Adib meninggalkan kita. “Sampai bila kita perlu tunggu keadilan untuk arwah? Soalnya dalam satu hantaran di Facebook […]

» Read more

Kuala Lumpur Summit 2019, Harapan Baru Untuk Dunia Islam – Mohamad

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan Kuala Lumpur Summit adalah satu pertemuan yang sangat penting di saat dunia Islam sangat berpecah, kehilangan kepimpinan dan menghadapi keberagaman cabaran politik, ekonomi dan sosial. Katanya, Kuala Lumpur Summit ini adalah sangat strategik, berpandangan jauh dan tepat pada masanya. “Ia mesti disokong oleh semua pihak. Masalah dunia […]

» Read more

Politik Jijik Dan Melampau, Permainan Sangat Kotor

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Serangan tanpa henti ke atas Datuk Seri Najib Razak, mantan Perdana Menteri adalah bukti, ada pihak terus rasa terancam dengan pengaruh yang dimilikinya, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Katanya, maknanya selagi Najib Razak ada beliau akan terus menjadi masalah pada mereka. “Tindakan begini paling jijik serta melampau. Ini mainan politik […]

» Read more

Dong Jiao Zong Cukuplah Hina Melayu – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas pertubuhan rasis sempit Dong Jiao Zong yang sekali lagi meneruskan sikap kurang ajar mereka. Ini berikutan perancangan Dong Jiao Zong untuk mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember bagi membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular. “Tak ada sebab kenapa tulisan Jawi tidak boleh […]

» Read more

Teruskan Usaha Bina Imej UMNO, Jangan Tunggu Kelemahan PH – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 17 Dis – UMNO mesti bina kekuatan sendiri dan bukan menunggu serta bergantung kepada kelemahan Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi kuat, tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata demikian sebagai pesanan kepada semua Ketua Penerangan UMNO Bahagian seluruh negara khususnya dalam pelbagai isu yang menyelubungi pimpinan dan kerajaan PH. “Ketika ini kebanyakan parti […]

» Read more
1 1,945 1,946 1,947 1,948 1,949 2,254