Anak Jati Melalap, Jamawi Jaafar Yakin Ada Kelebihan Fahami Kehendak Pengundi

TENOM, 13 Sept –  Anak jati Melalap yang juga calon Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan, Jamawi Jaafar berkata walaupun berdepan calon-calon hebat parti lawan tetapi beliau yakin ada kelebihan untuk memenangi hati pengundi.

Selain jentera yang padu katanya sebagai anak jati kawasan itu beliau memahami kehendak sebenar pengundi.

Justeru beliau akan mendekati pengundi sebanyak mungkin dalam tempoh dua minggu berkempen.

“Saya akui perlawanan ini sengit kerana berhadapan dengan calon-calon yang berkaliber bagaimanapun kita akan melakukan yang terbaik mendekati pengundi di peringkat akar umbi bagi menjelaskan isu dan wawasan saya untuk membangunkan kawasan Melalap” katanya.

Menurut beliau banyak boleh dirancang dan dilaksanakan bagi memajukan kawasan Melalap terutamanya dalam bidang pertanian, pelancongan dan lain lain.

“Bagi merealisasikan hasrat ini sudah tentu saya memerlukan sokongan dari rakyat dengan memilih kerajaan yang stabil ,berwawasan dan boleh berkerjasama dengan kerajaan pusat untuk membantu  memacu proses yang lebih mampan” ujarnya.

Pilihan Raya negeri (PRN)  DUN48 Melalap pada 26 September ini bakal menyaksikan pertandingan enam penjuru, melibatkan calon Warisan, Barisan Nasional (BN), PBS, USNO, PCS dan LDP

Warisan yang dalam misi mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu, meletakkan Ketua Bahagian Warisan bahagian Tenom Datuk Peter Anthony.

Turut mencuba nasib calon PBS bekas Adun Melalap sebelum ini Datuk Seri Panglima  Radin Malleh yang tewas kepada Peter pada PRU ke 14 .

Calon-calon lain Apiang Bin Sausun PCS, Sazali Justin USNO dan Masdin Tumas LDP. -UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.