Landskap Baru Untuk Pemuda, Kembalikan Kegemilangan Sabah

 

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Azri Wan Deris melahirkan penghargaan kepada pucuk pucuk pimpinan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang telah meletakkan hampir 40 peratus calon yang di bawah 40 tahun bagi mewakili parti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Jelas beliau, sudah tiba masanya UMNO mahupun komponen yang lain menonjolkan pemimpin muda dan tidak ketandusan pemimpin pada masa hadapan.

“Ini menunjukkan satu petanda yang baik bagi Sabah untuk menukar lanskap baru untuk anak-anak Sabah kerana kali ini kita berhadapan dengan Warisan yang mana telah terbukti gagal sepanjang mana mereka mentadbir kerajaan negeri Sabah.

“Peluang ini diberikan kepada anak-anak Sabah untuk membuat pilihan bagi memastikan BN (Barisan Nasional) dan komponen yang lain untuk memastikan kemenangan anak-anak Sabah iaitu Sabah untuk Sabah.

“Jadi, saya akan turun dan turut membantu jentera Pemuda BN dan calon-calon Pemuda yang akan bertanding di PRN Sabah. Insya-Allah… sama-sama kita pastikan kemenangan BN di Sabah dan Ubah Balik,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Sementara itu rakan sejawatannya, Muhammad Farhan Khairuddin berkata ia adalah satu rahmat di peringkat Pemuda dan juga satu nilai tambah apabila UMNO dan BN mengenengahkan pemimpin muda.

“Saya sangat ceria dan seronok kerana calon termuda dari PBRS juga turut diketengahkan yang juga merupakan salah seorang anak jati Kota Marudu yang dilatih bersama Pemuda UMNO dan UMNOSiswa serta diangkat menjadi calon DUN (Dewan Undangan Negeri) Tandek.

“Antara perkara yang bakal dinantikan bagi PRN Sabah sudah pasti pertembungan idea dan juga soal ekonomi, masa depan anak muda Sabah, ‘job opportunity’ (peluang pekerjaan) dan dalam masa yang sama adalah kestabilan politik Sabah. Ini akan menjadi fokus kita di Sabah dan apa-apa pun ini adalah pertembungan anak Sabah,” katanya.

Justeru, Farhan mengharapkan agar kepimpinan UMNO dan BN terus membantu segala operasi sepanjang PRN Sabah ini.

“Kita dan rakan-rakan mendokong kepimpinan UMNO dan BN di Sabah akan membantu secara ‘operational’ (pengoperasian) dan kita akan bersama-sama datang membantu turun ke Sabah.

“Saya memohon rakyat Sabah melihat PRN Sabah ini sebagai pilihanraya yang cukup penting untuk kita kembalikan kestabilan politik dan kegemilangan ekonomi Sabah setelah dihancurkan oleh Warisan dan PH,” tegasnya – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.