PRN Sabah Peluang Rakyat Tentukan Masa Depan Lebih Baik, Pilihlah BN – Najib

TAWAU, 13 Sept. – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengajak rakyat Sabah khususnya pengundi untuk mengaplikasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi menentukan masa hadapan yang lebih baik.

Katanya, dalam tempoh beliau menjadi perdana menteri selama sembilan tahun, banyak pembangunan yang dibawa ke negeri ini berbanding 22 tahun tempoh seorang lagi perdana menteri berkuasa namun gagal menyalurkan kemajuan.

“Mari bersama tentukan masa depan yang lebih baik di bawah Barisan Nasional (BN). Saya banyak bawa kemajuan dalam tempoh sembilan tahun saya menjadi perdana menteri sedangkan ada orang yang 22 tahun jadi perdana menteri tapi tak tinggalkan apa-apa,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian dalam program Santai Bersama ‘Otai’ UMNO dan Persatuan Rumpun Bugis Melayu Malaysia di DUN Kukusan, hari ini.

Ujar Najib, sewaktu zaman pentadbiran BN, beliau berusaha membawa pembangunan termasuklah Lebuhraya Pan Borneo.

“Kita nak habiskan, nak siapkan Pan Borneo termasuk di Tawau tapi semuanya terhenti sewaktu BN kalah… maka PRN ini adalah peluang kita untuk kembalikan Sabah ke arah masa depan yang lebih baik,” katanya lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Presiden Persatuan Rumpun Bugis Melayu Malaysia, Datuk Samsul Alang Hamsah dan calon DUN Kukusan, Chaya Sulaiman bersama warga setempat khususnya ahli-ahli persatuan terbabit. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.