Pelajar IPT Mulakan Pergerakan Pulang Ke Kampung Hari Ini

KUALA LUMPUR, 27 April – Sebilangan besar pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta mampu tersenyum lebar hari ini kerana akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi pelajar beragama Islam, sudah pasti terbayang hidangan juadah berbuka puasa yang bakal dinikmati bersama keluarga selain menjalani ibadah puasa dengan yang tersayang. Langkah membawa pulang pelajar yang terkandas di […]

» Read more

KKM Sedia Maklum Pesakit COVID-19 Tidak Kebal Jangkitan Kali Kedua

PUTRAJAYA, 26 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia maklum bahawa tiada bukti lagi bahawa pesakit COVID-19 yang sembuh, kebal daripada jangkitan kali kedua, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata walaupun ada respons antibodi IgM (immunoglobulin M) and IgG (immunoglobulin G) ia tidak melindungi pesakit daripada jangkitan kali kedua. “Setakat ini kita (Malaysia) tiada kes […]

» Read more

Lapor Pencerobohan Hutan, Pemburuan Haram – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 26 April – Rakyat diseru untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku insiden pencerobohan hutan atau pemburuan haram, dalam usaha melindungi dan memulihara haiwan hutan yang diancam kepupusan termasuklah Tapir Malaya. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam kenyataan hari ini berkata ini adalah penting bagi memastikan populasi keluarga badak itu tidak menerima nasib […]

» Read more

Klinik Veterinar Swasta Dibenar Operasi, Atas Temu Janji

PUTRAJAYA, 26 April – Kerajaan bersetuju membenarkan klinik veterinar swasta beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau bagaimanapun berkata operasi klinik berkenaan hanya dibenarkan berdasarkan kepada janji temu pemilik haiwan terlibat sahaja. “Pemilik haiwan boleh menghubungi klinik veterinar berdekatan dengan lokasi tempat tinggal mereka untuk mendapatkan tarikh […]

» Read more

COVID-19: 100 Kes Pulih Hari Ini, 38 Kes Baharu, Tiada Kes Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA , 26 April – Sejumlah 100 kes COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dan discaj di Malaysia ialah 3,862 kes, iaitu 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, manakala tidak ada kes kematian dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes yang dibenarkan discaj hari ini hampir dua kali […]

» Read more

Persatuan Rohingya Di Malaysia Mohon Maaf Kerana Tuntutan Beberapa Individu

KUALA LUMPUR, 26 April – ”Kami minta maaf kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia”. Ia diluahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Rohingya di Malaysia (RSM) Abdul Ghani Abdul Rahman yang turut menyatakan masyarakat Rohingya di negara ini akur akan status mereka sebagai pelarian. Beliau berkata tuntutan hak sama rata dengan rakyat Malaysia itu BUKANLAH pendirian keseluruhan Rohingya, sebaliknya agenda segelintir individu […]

» Read more

Tarikh Pergerakan Rentas Negeri Belum Ditetapkan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 26 April – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan tarikh pergerakan kepada mereka yang berada di kampung untuk pulang ke destinasi masing-masing bukan bermula pada 1 Mei ini. Ismail Sabri berkata terdapat kekeliruan mengenai tarikh pergerakan tersebut apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan bahawa 1 sehingga 3 Mei adalah tarikh perjalanan dibenarkan bermula. “Sebenarnya […]

» Read more

Pelajar Di Zon Tengah Dibenar Pulang Mulai Malam Esok

PUTRAJAYA, 26 April – Pergerakan pulang pelajar yang terkandas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke rumah masing-masing akan bermula malam esok dengan melibatkan pelajar di zon satu atau zon tengah, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Zon tengah ini seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia dan beberapa universiti di zon tengah, jadi mereka yang akan mula pulang […]

» Read more

PKP: 5 Premis Digantung Lesen, Langgar Akta Kualiti Alam Sekeliling

PUTRAJAYA, 26 April – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil 158 tindakan penguatkuasaan ke atas individu dan premis didapati melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk menggantung lesen lima premis sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan hingga Jumaat lepas, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana industri […]

» Read more

Johor Pertimbang Wujud Pusat Perlindungan Khusus, Bantu Gelandangan Selepas PKP

KULAI, 26 April – Kerajaan negeri akan mempertimbang untuk mewujudkan pusat perlindungan gelandangan khusus buat golongan itu di negeri ini selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Zaiton Ismail berkata satu perbincangan akan diadakan selepas tempoh PKP itu dalam usaha membantu golongan berkenaan selepas PKP. Perbincangan itu akan dibuat bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya […]

» Read more
1 1,866 1,867 1,868 1,869 1,870 2,257