Pahang Benar Acara Akad Nikah Secara Bersyarat

KUANTAN, 26 April – Kerajaan negeri Pahang memutuskan untuk membenarkan permohonan mengadakan acara akad nikah namun secara bersyarat, yang sebelum ini ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, mereka yang berhasrat mengadakan acara itu perlu melengkapkan borang permohonan khas secara dalam talian di https://emunakahat.pahang.gov.my/ sebelum diemelkan ke Pejabat Agama Islam Daerah […]

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 10 Pagi, 26 April – KKMM

KUALA LUMPUR, 26 April – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini. 1. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menafikan pernah mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Penghantaran Pulang Pelajar-Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) ke Kampung Halaman semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 2. […]

» Read more

PERTIWI Terima Lebih 300 Aduan Sehari

PUTRAJAYA, 26 April – Talian Pertanyaan dan Aduan Kepada Menteri Wilayah Persekutuan (PERTIWI) merekodkan lebih 318 aduan dan pertanyaan dalam tempoh satu hari. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, jumlah tersebut direkodkan semalam yang mana 182 daripada aduan dan pertanyaan itu meliputi bidang kuasa kementeriannya manakala 136 soalan lagi menjurus kepada isu awam. “Antara aduan yang dikemukanan […]

» Read more

Semua Penjaja Tidak Boleh Berniaga Di Kawasan Perumahan Sepanjang PKP – Annuar

KUALA LUMPUR, 25 April – Semua peniaga dan penjaja tidak dibenarkan berniaga di kawasan-kawasan perumahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang bulan Ramadan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Pihaknya mendapat aduan menerusi Talian Pertanyaan Menteri Wilayah Persekutuan (Pertiwi) bahawa ada dalam kalangan penjaja yang mengambil kesempatan membuka gerai makanan untuk juadah berbuka puasa di kawasan Projek Perumahan […]

» Read more

COVID-19: 99 Kes Pulih Hari Ini, Kumulatif Kes Pulih Lebih 65 Peratus

PUTRAJAYA, 25 April – Sejumlah 99 kes COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dan discaj di Malaysia ialah 3,762 kes, iaitu 65.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes yang dibenarkan discaj hari ini hampir dua kali ganda bilangan kes yang dilaporkan. “Sehingga 25 […]

» Read more

Kuarantin Wajib Berjaya Bendung Kluster Import – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 25 April – Langkah kerajaan mewajibkan individu yang pulang dari luar negara menjalani kuarantin berjaya membendung penularan COVID-19 dan mengekang wujudnya kluster import. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini berikutan sehingga kini, seramai 131 individu yang menjalani kuarantin wajib disahkan positif COVID-19. “Bayangkan kalau 131 ini kita benarkan mereka pulang dan buat self quarantine […]

» Read more

Operasi Pasar Awam Di Pahang Hingga 2 Petang – MB Pahang

KUANTAN, 25 April – Kerajaan negeri Pahang membenarkan pasar awam di negeri ini beroperasi sehingga pukul 2 petang berkuatkuasa serta merta, berbanding 12 tengah hari seperti yang ditetapkan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat demi kepentingan semua peniaga pasar selepas mengambil kira aduan peniaga khususnya penjual daging yang […]

» Read more

Premis Makanan Bukan Islam Boleh Berniaga 7 Pagi -7 Malam – Wan Rosdy

KUANTAN, 24 April – Kerajaan negeri Pahang membenarkan premis menjual makanan bukan Islam di negeri ini untuk beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang bulan Ramadan ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada peniaga terlibat berhubung ketetapan sesetengah pihak berkuasa tempatan (PBT) bahawa […]

» Read more

Sultan Johor Nasihat Umat Islam Manfaatkan Ramadan Sebaiknya

JOHOR BAHRU, 24 April – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menasihati umat Islam negeri ini supaya memanfaatkan bulan Ramadan dengan sebaiknya dengan meningkatkan amal ibadah di rumah, bermuhasabah diri serta bertawakal kepada Allah SWT. Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim bertitah Ramadan kali ini membawa suatu kelainan yang tidak pernah dirasai rakyat […]

» Read more

JKM Nafi Agih Bakul Makanan Dengan Nilai Rendah – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 24 April – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan wujud pengagihan bantuan bakul makanan dengan nilai rendah seperti didakwa sesetengah pihak ketika ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini. […]

» Read more
1 1,867 1,868 1,869 1,870 1,871 2,257