Golongan Muda Pelapis Parti, Mereka Perlu Diberi Ruang Dan Peluang – Fadli Juanas

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Fadli Juanas mengharapkan agar golongan muda dan juga profesional diberi peluang dapat menyertai parti keramat ini. Ulasnya, golongan ini cukup bererti bagi UMNO sebagai pemimpin pelapis yang bakal menerajui negara dan parti. “Kita perlu melihat perkara ini pada masa hadapan dan bukannya seperti dahulu. Kita jangan tidak memberikan peluang kepada […]

» Read more

Jasa dan Perjuangan, Hanya UMNO Yang Mampu Bela Nasib Bangsa – Ramlan

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Jasa dan perjuangan UMNO kepada negara terlalu besar iaitu semenjak sebelum kemerdekaan sehinggalah lebih 60 tahun parti ini menjadi tonggak dalam kerajaan. Demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani yang menganggap bahawa hanya UMNO sahaja yang dapat membela nasib orang Melayu. “UMNOlah menjadi hero kerana memperjuangkan Islam, meningkatkan ekonomi bangsa dan membela […]

» Read more

Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible Dilarang Di Selangor – Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM, 24 Mac – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan buku dan tulisan agama Kristian dalam apa-apa bentuk sekalipun tetap dilarang sama sekali penggunaannya di negeri ini. Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office semalam, Sultan Sharafuddin menegaskan dan mengulangi pendirian baginda […]

» Read more

Peningkatan Penganjuran Kejohanan Dapat Bangunkan Industri Esukan – Reezal Merican

PUTRAJAYA, 24 Mac – Peningkatan dalam penganjuran kejohanan sukan elektronik (esukan) di Malaysia dapat mengasah bakat dan kemahiran pemain baharu, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Katanya penganjuran kejohanan esukan yang giat dijalankan juga mampu menjadikan Malaysia sebagai hab pembangunan esukan di rantau ini. Beliau berkata esukan telah menjadi fenomena global seiring dengan kemajuan teknologi […]

» Read more

Fasa Satu Projek Pembentungan RM107.33 Juta Di Kota Marudu Dijangka Siap April Tahun Depan

KOTA MARUDU, 24 Mac – Projek Skim Pembentungan Kota Marudu Fasa 1 bernilai RM107.33 juta yang mula dilaksanakan oleh kontraktor Kimolohing Jaya Sdn Bhd pada Mei 2018 lepas, dijangka siap sepenuhnya April tahun depan. Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata 59.81 peratus daripada projek itu telah disiapkan, dan beliau berpuas hati dengan dengan kerja-kerja kontraktor berkenaan […]

» Read more

Skuad Sabil Akan Bertugas Di Seluruh Negara, PAU Platform Terbaik Kukuhkan Parti

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Skuad Sabil Malaysia bukan sahaja akan digerakkan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini pada 27 dan 28 Mac ini sebaliknya akan turut berada di seluruh bahagian sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020. Pesuruhjaya Skuad Sabil Malaysia, Datuk Mohamad Fazly Zainuddin berkata langkah berkenaan diambil seiring dengan perubahan dan pelaksanaan Perhimpunan Agung UMNO […]

» Read more

Perak Sedia RM10 Juta, Bantu B40 Bertanah Miliki Kediaman

IPOH, 23 Mac – Kerajaan Perak meminta rakyatnya yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanah yang ingin dibangunkan dengan kediaman sendiri namun tiada kemampuan agar memohon kepada Yayasan Perak untuk membina rumah menerusi projek Rumah Mesra Rakyat (RMR). Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata sebanyak RM10 juta diperuntukkan di bawah proram itu yang dilaksanakan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). “Pemohon […]

» Read more

KPT Agih 200,000 Pelan Data, 4,000 Peranti Kepada Pelajar B40 – Noraini

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengagihkan kira-kira 200,000 pelan data dan 4,000 peranti kepada pelajar kumpulan B40 menerusi Inisiatif Pakej Pelan Data dan Peranti bagi membantu mereka mendapat akses kepada pendidikan berkualiti semasa pandemik. Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, inisiatif yang dilancarkan pada November 2020 itu merupakan kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi serta […]

» Read more

UMNO Perlu Kukuh, Teruskan Perjuangan Martabat Agama, Bangsa Dan Negara

KUALA LUMPUR, 23 Mac – UMNO perlu kukuh dan menjadi tunjang utama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Johari Yazid. Ujarnya, perjuangan UMNO selama ini telah memanfaatkan semua lapisan rakyat dan akan terus memartabatkan agama, bangsa dan negara. “Apa yang disuarakan oleh ahli-ahli UMNO dapat membuka minda kepada pimpinan UMNO supaya berlapang dada, […]

» Read more

UMNO Kedah, Perlis Bersedia Raikan PAU Norma Baharu

ALOR SETAR, 23 Mac – UMNO Kedah bersedia untuk menghadapi Perhimpunan Agung UMNO 2020 norma baharu yang bakal menampilkan perbahasan secara bersemuka dan maya sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Menurut Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ariffin Man, beliau berkata segala persiapan dijalankan dengan penuh teliti untuk memastikan penganjuran perhimpunan agung yang pertama kali diadakan di […]

» Read more
1 1,658 1,659 1,660 1,661 1,662 2,267