Terdesak Kekalkan Kuasa, Sentimen Propaganda Direka Untuk Takutkan Rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kononnya pentadbiran negara akan lumpuh jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi berkuasa.

Katanya, ianya adalah tidak benar sama sekali kerana sentimen ini yang sedang cuba direka oleh pasukan propaganda untuk menakut-nakutkan rakyat.

“Dakyah ini direka oleh kumpulan yang sedang terdesak bagi mengekalkan kuasa, jawatan dan kedudukan.

“Walau kerajaan PN tidak lagi berkuasa, pentadbiran negara terus berfungsi secara sementara di bawah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian.

“Ianya sangat tidak bertanggungjawab apabila mereka berterusan cuba mengelirukan rakyat dengan pembohongan itu pula,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menjelaskan sebagai contoh selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari 2020, pentadbiran negara masih berfungsi.

“Sejurus kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang angkara fitnah pada Mei 2018, pentadbiran negara terus berfungsi,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.