Sekiranya Benar-Benar Ada Sokongan Majoriti, Sesiapa Akan Buat Undian Serta-Merta Untuk Selesaikan Segala Keraguan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najub Razak percaya sekiranya benar-benar ada sokongan majoriti, sesiapa akan buat undian serta-merta untuk menyelesaikan segala keraguan berhubung keabsahannya dan bukan menunggu hingga tempoh sebulan.

Kenyataan menerusi Facebook beliau turut melontarkan jumlah  sokongan yang diterima oleh Perdana Menteri dan percaya menggantikan Perdana Menteri tidak bermaksud seluruh kerajaan akan henti berfungsi.

“Jika kerajaan akan lumpuh sebab semua bergantung pada PM sahaja maka ianya adalah risiko amat besar. Kerajaan tetap jalan cuma dasar akan berbeza,” katanya.

Berikut merupakan catatan penuh beliau.

 

Bukan 102.

Sebenarnya kurang dari 100 setakat ini.

Mungkin 90-95 nanti atau kurang lagi.

Sebab itu, saya percaya bahawa PM8 telah berbohong kepada YDP Agong semasa dia kata dia masih ada sokongan majoriti.

Sekiranya benar-benar ada sokongan majoriti, sesiapa akan buat undian serta-merta untuk menyelesaikan segala keraguan berhubung keabsahannya. Bukan tunggu sebulan.

Lagipun, ganti PM tidak bermaksud seluruh kerajaan akan henti berfungsi.

Jika kerajaan akan lumpuh sebab semua bergantung pada PM sahaja maka ianya adalah risiko amat besar.

Kerajaan tetap jalan cuma dasar akan berbeza.

Sebagai bukti, kerajaan tetap berjalan walaupun PM8 masuk hospital seminggu semasa dia diarea. Tak lumpuh pun kerajaan.

USA tak dijahanamkan apabila Biden ganti Trump bulan Januari lalu di tengah pandemik.

Jepun juga tak jahanam apabila Yoshihide Suga ganti Shinzo Abe pada bulan September lalu di tengah pandemik.

Sidang media yang dikatakan 31 orang BN menyokong biarpun pernah kata 40 orang sebenarnya adalah bukti kukuh bahawa PM8 sudah hilang sokongan majoriti.

Itupun makin hari makin berkurang setelah satu per satu daripada 31 orang yang dinamakan itu letak jawatan kerajaan atau keluarkan kenyataan untuk menafi sokong PM8.

Selagi keabsahan PM8 tidak diselesaikan secepat mungkin (secepat mungkin bukan bermaksud 3-4 bulan kemudian), selagi kerja tawar-menawar, hadiah durian, sidang media dan meeting kat rumah tengah malam akan berterusan.

Itulah fokus seluruh negara bagi masa sebulan lagi – bukan fokus pada Covid atau ekonomi.

Jadi, ianya lebih adil pada negara dan Rakyat bahawa undian berlaku secepat mungkin dan bukan sebulan lagi.

Kalau dah gagal segagalnya mengawal Covid, menjaga ekonomi dan untuk usaha membeli/mengugut katak walaupun diberi kuasa penuh darurat 7 bulan dengan seluruh jentera kerajaan, maka ianya sudah tiba masa untuk menerima realiti dan memberi laluan kepada pemimpin lain.

Memandangkan Malaysia sudah antara paling parah dalam dunia dari segi Covid dan ekonomi, ianya agak mustahil bahawa prestasi orang yang ganti dia akan menjadikan Malaysia lagi teruk daripada paling parah dalam dunia.

Bagaimana nak jatuh ke paling corot sekiranya sudah paling corot?

Kita perlu juga perhatikan siapa yang masih bekap PM8 pada masa undian berlaku.

Sebab ramai akan buat rumusan masa itu bahawa mereka yang ketinggalan bas dan masih ingin berkait dengan kerajaan tanpa keabsahan yang gagal segagalnya sehingga saat terakhir itu adalah mangsa-mangsa sogokan dan ugutan “scheme of things”.

Facebook Datuk Seri Najib Razak

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.