Permudahkanlah Urusan Untuk Bantu Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan jika ikhlas mahu membantu rakyat, permudahkanlah dan usah persulitkan.

Baginya rakyat makin terdesak dan tertekan saban hari kerana simpanan sudah hampir licin, komitmen bulanan sudah mula tertunggak.

“Harapkan wang caruman KWSP sendiri melalui i-Citra RM10,000 secara one-off pun langsung tidak dilayani Kerajaan. Moratorium tetap dikenakan faedah terakru.

“Kononnya kantung negara amat berkurangan, sebabtulah tak dapat bantu penuhi segala #TuntutanRAKYAT untuk naikkan jumlah bantuan BPN, BKC,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Kata beliau lagi Itu pun ramai yang mengadu tak dapat BPR/BKC kali ini kerana kononnya alasan sudah dapat Geran Khas Prihatin.

“Nak merayupun rakyat dipaksa melalui proses yang terlalu banyak birokrasi. Jika ikhlas nak bantu rakyat, permudahkanlah dan usah persulitkan. Rakyat makin terdesak dan tertekan saban hari kerana simpanan sudah hampir licin, komitmen bulanan sudah mula tertunggak,” ujarnya.

Tambah Asyraf dengan strategi menangani COVI-19 yang ternyata gagal, tiada jaminan ekonomi dan kebajikan rakyat mampu dipulihkan dalam tempoh terdekat.

“Janji untuk umum kelonggaran bagi yang sudah menerima dua dos pun rupanya macam dicapatikan. Apa lagi yang rakyat boleh harapkan daripada Kerajaan yang ternyata begitu jauh daripada memahami realiti denyut nadi rakyat,” katanya.- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.