Malaysia Teruskan Penggunaan Vaksin COVID-19 AstraZeneca

PUTRAJAYA, 6 April – Malaysia akan meneruskan penggunaan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis tandatangan Nota Kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini, Dr Adham berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 […]

» Read more

Agong Kurnia Darjah SUMW Kepada Empat Penerima

KUALA LUMPUR, 6 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) kepada empat individu kenamaan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021. Turut berangkat pada istiadat di Istana Negara Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Mendahului senarai penerima ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr […]

» Read more

Pahang Tak Benar Imam Luar Pimpin Solat Tarawih Di Masjid, Surau

KUANTAN, 6 April – Imam dari luar Pahang termasuk dari pondok atau maahad tahfiz tidak dibenarkan memimpin solat tarawih di masjid atau surau di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) pengimarahan masjid dan surau di negeri itu sepanjang Ramadan juga tidak membenarkan penceramah jemputan dari luar Pahang selain menetapkan […]

» Read more

Pencemaran Sungai Skudai Jejaskan LRA Sultan Ismail

JOHOR BAHRU, 6 April – Pencemaran Sungai Skudai yang berpunca daripada sisa industri dan kumbahan menjejaskan Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail, di sini, bagi merawat sumber air mentah sebahagian penduduk daerah ini. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata ketika ini LRA Sultan Ismail hanya mampu merawat kira-kira 53 juta liter air sehari (MLD) berbanding kapasiti sebenar sebanyak 227.31 […]

» Read more

Undi 18 Dan Daftar Pemilih Automatik Wajar Disegerakan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 6 April – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengulangi gesaan ramai pihak agar Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik wajar disegerakan. Ciapnya di Twitter, angka yang ditunjukkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan 4.4 juta rakyat berumur 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pengundi. “Maka daftarkan mereka secara automatik secepat mungkin, bulan Julai […]

» Read more

Pemuda UMNO Pahang Bersedia Hadapi PRU Dalam Apa Jua Keadaan – Farid

KUALA LUMPUR, 6 April – Pemuda UMNO Negeri Pahang bersiap sedia sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada bila-bila masa dan apa yang penting hari ini parti terus-menerus berkhidmat kepada rakyat dalam apa jua keadaan dan situasi. Ketuanya Mohd Farid Mohd Nor berkata semua persediaan yang merangkumi pelbagai aspek dan perancangan dilaksanakan bagi membantu parti dalam menghadapi PRU yang […]

» Read more

Bersedia Hadapi PRU15, Bangkit 15 Berobjektifkan Kemenangan – Fairuz Jamaludin

KUALA LUMPUR, 6 April – Bangkit 15 merupakan sebuah latihan dan persediaan dalam membentuk satu perisai utuh buat UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan berobjektifkan kemenangan sebagai sasaran utama. Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin pentingnya Bangkit 15 ini adalah untuk memastikan jentera UMNO berada dalam keadaan siap siaga ekoran situasi politik negara yang tidak menentu […]

» Read more

Pelan Pemulihan Ekonomi Perlu Dirangka, Jadikan Sebagai ‘Patriotisme Economic’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 April – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan dalam situasi pandemik COVID-19 yang belum berakhir, alangkah elok jika Pelan Pemulihan Ekonomi (PPE) dapat dirangka dan diserap sebagai ‘patriotisme economic’ bagi memulihkan negara bangsa. Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, beliau melihat pada saat ini orang ramai dan pakar boleh menyumbangkan idea tentang apa yang […]

» Read more

Denda RM1 Juta Bakal Menanti Pemburu Haram – Shamsul Anuar

LENGGONG, 5 April – Penjenayah pemerdagangan hidupan liar di negara ini khasnya pemburu haram, bakal berdepan denda mencecah RM1 juta sebaik sahaja pindaan kepada akta sedia ada selesai dilaksanakan kerajaan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata kerajaan dalam peringkat akhir meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) sebelum dibentangkan kepada Jemaah […]

» Read more

Jajaran Seksyen C ECRL Kembali Ke Cadangan Asal

PUTRAJAYA, 5 April – Jajaran Seksyen C projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Mentakab ke Pelabuhan Klang kembali ke jajaran asal seperti yang dicadangkan pada tahun 2016-2017, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Sept 2020 telah meluluskan jajaran tersebut dan Kabinet pada 31 Mac lepas mahu pelaksanaan Seksyen C […]

» Read more
1 1,647 1,648 1,649 1,650 1,651 2,268