Kepimpinan Ismail Sabri Cekap Dan Diyakini, Mampu Pulihkan Krisis Kesihatan Dan Ekonomi – Zolkafly Harun

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Menurutnya situasi negara yang berdepan dengan krisis kesihatan dan ekonomi memerlukan pemimpin seperti Ahli Parlimen Bera itu yang dilihat cekap dan diyakini rakyat bagi memimpin ke arah membina semula negara.

“Saya menjujung kasih dan menzahirkan lafaz penghormatan atas pekenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu atas perkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Proses pelantikan Perdana Menteri yang dijalankan secara tertib dengan mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu serta suara Ahli-ahli Parlimen mencerminkan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda dalam menangani krisis politik supaya tidak terus berlarutan,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang itu juga melahirkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berjiwa besar dengan meletakkan kepentingan rakyat dan parti jauh didepan.

“UMNO akan kekal utuh hasil sikap muafakat serta rasa kebersamaan yang tinggi antara pimpinan dan seluruh ahli akar umbi.

“Selamat menjalankan tugas buat Perdana Menteri yang baharu. Ini masanya kita bina semula Malaysia yang lebih baik. Ketepikan perselisihan, utamakan rakyat dan negara,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.