Keutamaan Presiden Adalah Masa Depan Parti Keramat Agama, Bangsa Dan Negara

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai Presiden parti, kini keutamaan beliau adalah masa depan parti keramat agama, bangsa dan negara.

Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, beliau tahu wujud kerisauan dalam kalangan ahli UMNO terhadap perkembangan politik semasa.

“Bagaimanapun yakinlah UMNO tetap UMNO. Kepada seluruh ahli UMNO ini jaminan saya. Presiden UMNO tidak akan sesekali membelakangi aspirasi parti dan akar umbi.


“Presiden UMNO akan tetap bersama mempertahankan jati diri UMNO parti milik rakyat. Sama seperti yang saya lakukan sejak mengambil alih pucuk pimpinan parti selepas detik hitam 9 Mei 2018,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelasnya lagi, tumpuan kini adalah untuk mempersiapkan dan memperkasakan UMNO berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Itulah jua wadah sebenar perjuangan parti UMNO dalam konteks Malaysia sebuah negara demokrasi.

“Jangan gusar dan jangan bimbang. UMNO akan selamanya UMNO. Kepada Allah S.W.T kita memanjatkan doa,” serunya lagi.

Ahmad Zahid juga mengucapkan syukur Allhamdulillah apa yang harus dilakukan telah pun dilakukan.

“Kita berharap rakyat segera terselamat daripada ancaman pandemik dan negara dapat dipulihkan segera Insya-Allah.

“Dan itu sahaja niat serta hasrat tiada yang selainnya apatah lagi rakus merebut kuasa.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”.” – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.