Shahril Bidas PN ‘Claim Mileage’ Lupus Hutang Felda Sedangkan BN Yang Jayakan Demi Rakyat

JOHOR BAHRU, 9 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan membidas Perikatan Nasional (PN) yang sedang giat berkempen menggunakan naratif bahawa pelupusan hutang peneroka Felda adalah kejayaan besar bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tegasnya, PN tak perlulah nak ‘claim’ atau bolot semua ‘mileage’ berkenaan dengan Felda atau berkaitan hutang peneroka sedangkan hanya apabila Barisan Nasional (BN) kembali menjadi sebahagian […]

» Read more

Kejayaan Dikecapi Felda Hasil Perjuangan BN – Ismail Sabri

MERSING, 9 Mac – Kejayaan yang dikecapi Felda adalah hasil perjuangan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dari dahulu hingga kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Felda juga tidak akan wujud tanpa perjuangan seorang daripada pemimpin BN iaitu Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang bertujuan membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar terutama […]

» Read more

Hanya BN Tawarkan Kestabilan… Pihak Lawan Tak Ada Perancangan Masa Depan

JOHOR BAHRU, 9 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim menekankan bahawa hanya Barisan Nasional (BN) yang menyajikan kepada rakyat perancangan masa hadapan melalui Ikhtiar BN dalam mendepani kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Katanya, hal ini berbeza dengan parti-parti lawan yang berkempen bukan membicarakan tentang masa depan Johor tetapi masih lagi mencanangkan kononnya bahayanya […]

» Read more

Bekas Ahli Mahu Sertai Semula UMNO Perlu Lalui Tapisan

JOHOR BAHRU, 9 Mac – Bekas ahli UMNO yang ingin menyertai semula parti itu perlu melalui beberapa peringkat tapisan, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya beliau menghormati sebarang permohonan untuk memasuki UMNO tetapi ia perlu melalui proses sebagaimana dalam peraturan dan perlembagaan parti itu. “Saudara Rosleli Jahari ini adalah sahabat lama saya ketika dalam Pemuda. Alhamdulillah, beliau […]

» Read more

PRN Untuk Kestabilan, Bukan Kerana ‘Najib’ Yang Diratib Pembangkang

JOHOR BAHRU, 9 Mac – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan bahawa kestabilan adalah asas dalam mewujudkan kemajuan dan tanpa kestabilan tidak akan ada apa-apa yang boleh dilaksana. Kerana itu katanya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilaksana adalah peluang kepada rakyat untuk kembalikan mandat dan menebus kembali masa yang telah terbuang hasil pentadbiran […]

» Read more

Fasa Peralihan Endemik: Kerajaan Terus Lindungi Rakyat, Perlukan Solidariti Komuniti – Khairy

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Kerajaan akan terus melindungi rakyat daripada penularan penyakit COVID-19 walaupun negara akan beralih ke Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini. Beliau berkata proses peralihan juga perlu disusuli dengan perubahan daripada bergantung intervensi kerajaan kepada solidariti komuniti serta tanggungjawab individu termasuk meneruskan program pemberian vaksin meliputi kepada golongan […]

» Read more

Agong Berkenan Kurnia Biasiswa Kepada 10 Pelajar IPT

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 10 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara di sini, hari ini. Empat penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala enam di peringkat sarjana. Pelajar menerima biasiswa di peringkat PhD ialah Nurul Farhana […]

» Read more

Pasca PRU-14, Angin Perubahan Dapat Dilihat Di Johor – Ahmad Zahid

ISKANDAR PUTERI, 9 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis kebangkitan rakyat terutama pengundi di Johor untuk memilih angin perubahan bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Katanya, ini kerana rakyat mengambil pedoman daripada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu yang menyaksikan perubahan sekelip mata selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada ketika itu. “Kita merasakan gelombang telah […]

» Read more

‘4K@Rengit’ Fokus Puad Untuk DUN Rengit

BATU PAHAT, 9 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengetengahkan impian ‘4K@Rengit’ yang menumpukan empat kunci utama iaitu Kesejahteraan, Kesihatan, Kecergasan dan Keceriaan sebagai menifesto beliau dalam menambat hati pengundi di DUN itu. Antara inti pati impian itu adalah pembinaan rumah-rumah kos rendah dan mampu milik, membina pusat dialisis […]

» Read more

Satu SOP, Sembilan Garis Panduan Dalam Fasa Peralihan Ke Endemik – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Satu prosedur operasi standard (SOP) dan sembilan garis panduan akan dilaksanakan dalam Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau yang juga Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 berkata ia merupakan antara tujuh tonggak paling penting di fasa tersebut terutama dalam usaha negara menuju kepada kehidupan […]

» Read more
1 … 1,462 1,463 1,464 1,465 1,466 … 2,363