Shahril Bidas PN ‘Claim Mileage’ Lupus Hutang Felda Sedangkan BN Yang Jayakan Demi Rakyat


JOHOR BAHRU, 9 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan membidas Perikatan Nasional (PN) yang sedang giat berkempen menggunakan naratif bahawa pelupusan hutang peneroka Felda adalah kejayaan besar bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tegasnya, PN tak perlulah nak ‘claim’ atau bolot semua ‘mileage’ berkenaan dengan Felda atau berkaitan hutang peneroka sedangkan hanya apabila Barisan Nasional (BN) kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan barulah hal terbabit digerakkan.

“Kalau mereka nak ‘claim’ kita pun boleh sebut yang menjayakannya adalah Pengerusi Felda daripada BN, kalau mereka nak ‘claim’ kita boleh sebut menteri-menteri BN yang ‘push’ untuk perkara ini dijayakan.

“Biarlah apapun yang orang lain cakap, warga Felda sendiri yang menilai. 12hb nanti kita doakan pilihan mereka seperti mana rakyat Johor yang lain ialah BN, kestabilan masa hadapan,” katanya.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkata demikian dalam video pendek yang memberikan penerangan berkaitan hal terbabit.

Terdahulu beliau mengajak rakyat melihat manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang waktu itu BN berjanji akan hapuskan hutang Felda tetapi kemudiannya Pakatan Harapan (PH) yang menang.

“Siapa dalam PH dan adakah mereka laksanakan janji itu? 22 bulan kemudian PH jatuh dengan sendirinya tapi kena ingat selepas kerajaan campuran terbentuk pada Mac 2020, yang jadi Pengerusi Felda ialah Datuk Seri Idris Jusoh daripada BN.

“Tahun pertama beliau pegang jawatan tersebut, hutang peneroka Felda dilupuskan maka secara tidak langsung wakil BN yang merealisasikan apa yang ada dalam manifesto BN pada PRU-14.

“Tambahan pula Datuk Seri Idris Jusuh merangka satu perancangan yang ‘well formed outcome’ untuk Felda yang antara misi beliau adalah untuk memperbaiki tadbir urus dan selesaikan isu-isu lain berkaitan peneroka sert membiasakan Felda dengan perubahan teknologi pendidikan, R&D (penyelidikan dan pembangunan) dan juga untuk meneruskan keberkatan Felda.”

Terang Shahril, semua isu-isu Felda dapat ditangani dengan baik.

“Kalau tak percaya apa yang saya kata boleh baca sendiri seperti apa yang dikatakan oleh Ketua Peneroka Felda Kebangsaan siapa yang diberi kredit berkenaan isu hutang dan isu-isu lain berkaitan Felda.

“Tambahan lagi dalam Ikhtiar BN, Datuk Hasni Mohammad umumkan 3,200 lot untuk perumahan generasi kedua Felda.

“Itu di peringkat Johor manakala Persekutuan di bawah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dalam Rancangan Malaysia ke-12 memperkenalkan model perumahan bina sendiri untuk generasi baru Felda dan mereka juga layak di bawah skim Jaminan Kredit Perumahan walaupun tiada slip gaji atau tanpa gaji tetap tetapi masih berpeluang untuk mendapat pinjaman membeli rumah,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.