Konsep Malaysia Madani Langkah Pacu Pembangunan Negara – TPM Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Konsep ‘Malaysia Madani’ adalah langkah negara melakukan anjakan paradigma bagi memacu pembangunan negara ini seiring dengan negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pada pandangannya konsep itu perlu dilakukan bukan secara evolusi, tetapi dengan segera. “Sebab dalam situasi dunia yang […]

» Read more

Demokrasi, Kebebasan Bersuara UMNO Subur… Laksana Secara Bijaksana – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata UMNO merupakan sebuah parti yang sentiasa bersikap terbuka dan membenarkan kebebasan bersuara. Menurut beliau, kebebasan tersebut sudah lama diamalkan parti keramat ini dan telah menjadi subur dalam kalangan ahli. “UMNO sebuah parti yang sentiasa bersikap terbuka. Kebebasan bersuara memang dibenarkan. “Malah realitinya […]

» Read more

RM7 Juta Untuk Usaha ‘Quick Win’ Atasi Banjir Termasuk Banjir Termenung – Ahmad Zahid

BATU PAHAT, 31 Jan – Kerajaan meluluskan peruntukan segera RM7 juta untuk usaha ‘quick win’ bagi mengatasi masalah banjir di daerah ini, termasuk masalah banjir termenung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata peruntukan tersebut, membabitkan penggalian parit-parit dan pembelian pam air, yang akan disalurkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi agensi pelaksana Jabatan Pengairan […]

» Read more

Persidangan Cawangan Medan Kelangsungan Perjuangan Dan Perkukuh Kembali UMNO, Teruskan Bersatu, Bersetia, Berkhidmat

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menetapkan mesyuarat dan pemilihan bagi peringkat cawangan, pemuda, wanita dan puteri cawangan bermula 1 sehingga 26 Februari ini. Sehubungan itu Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah berharap agar ahli-ahli UMNO akan memanfaatkan persidangan Cawangan ini untuk membincangkan hala tuju pasca Pilihanraya ke 15 dan mengukuhkan […]

» Read more

Kerja Selenggara Eskalator, Lif CIQ BSI Hampir Selesai

JOHOR BAHRU, 31 Jan – Sebanyak 1,100 arahan kerja bagi menyelenggara eskalator dan lif rosak di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), yang tertangguh semasa pandemik COVID-19, telah berjaya diselesaikan. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata arahan kerja itu dapat diselesaikan setelah kuasa diberikan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor. Beliau berkata pemantauan arahan […]

» Read more

Ketepikan Segala Perbezaan, Mari Kita Kukuhkan UMNO Berdepan Cabaran – Sharkar

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berharap mesyuarat serta pemilihan parti yang akan bermula Rabu di peringkat cawangan seluruh negara dapat dilaksanakan sebaiknya. Menurut beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Temerloh, inilah masa dan platform untuk ahli parti di peringkat akar umbi sama-sama gembleng tenaga dalam usaha membantu UMNO mengorak langkah […]

» Read more

Bertautlah Dalam UMNO, Perkukuh Parti Depani Landskap Politik Masa Depan – Sharifah Azizah

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Ahli-ahli UMNO diseru untuk kembali bertaut dalam usaha mengukuhkan parti setelah melalui Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, pelbagai kemelut dan perbezaan pendapat yang ada sewajarnya dibincangkan dalam keadaan muafakat dengan usaha menyusun kembali gerak kerja […]

» Read more

Perteguh Kembali UMNO, Jangan Biarkan ‘Rumah’ Yang Dibina Ranap – Zuhir Ghazali

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Presiden Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia, Muhammad Zuhir Ghazali yakin perwajahan baharu yang dibawa oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dapat mengukuhkan lagi parti menjadi lebih teguh. Jelasnya, setiap ahli parti berhak mempunyai iltizam yang tinggi untuk merawat, memulih dan menstabilkan kembali UMNO. “Saya yakin dan percaya bahawa perwajahan baharu UMNO yang […]

» Read more

Tuntutan Waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg Tarik Balik Perintah Sekatan

PUTRAJAYA, 30 Jan – Mahkamah di Luxembourg telah memutuskan untuk menarik balik perintah sekatan (saisie arrêt) yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai ‘waris’ kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Refomasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Dalam satu kenyataan hari ini, Azalina berkata pada 24 Jan lepas, Mahkamah Daerah Luxembourg telah mengetepikan perintah sekatan yang […]

» Read more

Kemelut Politik Sabah: Tempoh Bertenang Cari Titik Penyelesaian – Ahmad Zahid

KOTA KINABALU, 30 Jan – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kini adalah tempoh bertenang untuk semua pihak mencari titik persamaan dan memahami perbezaan antara satu sama lain bagi mencari jalan penyelesaian kemelut politik di Sabah. Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata penyelesaian juga memerlukan persefahaman dua hala antara UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama rakan […]

» Read more
1 … 1,287 1,288 1,289 1,290 1,291 … 2,372