Gelombang Biru Raikan Himpunan Solidariti Kestabilan Dan Kemakmuran Terengganu

HULU TERENGGANU, 21 Okt – Himpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran dimeriahkan selautan gelombang biru, menunjukkan bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) mempunyai sokongan besar untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Perhimpunan yang bermula pada jam 3.00 petang itu dihadiri oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail […]

» Read more

Konon Bawa Politik Nafas Baru, Akmal Nasir Ambil Kesempatan Manipulasi Isu Setempat

JOHOR BAHRU, 21 Okt – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar membidas ahli Parlimen kawasan tersebut yang sengaja bermain politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Katanya, Akmal Nasir juga bersikap melulu dan membuat tuduhan tidak berasas membabitkan isu perobohan beberapa buah rumah setinggan di Kampung Bakar Batu. “Sebagai seorang bekas Ahli Parlimen yang kononnya membawa politik […]

» Read more

PRU15: Ahmad Zahid Ingatkan Hati-hati Bisikan Fitnah

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap rakyat berhati-hati dengan helah pembangkang yang akan mencetuskan anasir fitnah terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Katanya, apatah lagi ketika ini sudah kedengaran suara-suara fitnah dilemparkan mereka terutama membabitkan UMNO/Barisan Nasional (BN). “Kini menjelang PRU15 anasir-anasir mereka untuk menghasut fitnah kembali kedengaran. “Maka berhati-hatilah rakyat […]

» Read more

Dakwaan Ahmad Zahid Tak Pertahan Kerusi Bagan Datuk Satu Propaganda Politik – SUK UMNO

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan hari ini menafikan berkenaan dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertanding mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau menegaskan tidak menerima sebarang kenyataan sebegitu daripada Ahmad Zahid, malah menyifatkan ianya sebagai propaganda politik. “Saya tidak pernah dengar dan tiada kenyataan rasmi dari […]

» Read more

Jangan Lupa Bagaimana Layanan PH Terhadap Penjawat Awam – Mohd Hisamuddin

PUTRAJAYA, 21 Okt – Kesan buruk yang dibawa Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan mereka memerintah kerajaan masih lagi berbekas terutamanya di kawasan pentadbiran kerajaan Putrajaya. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Mohd Hisamuddin Yahaya berkata, dengan kesan yang masih ada itu diharapkan agar rakyat terutamanya pengundi di Putrajaya menolak PH semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak. “Kita tahu […]

» Read more

PRU15: Logo BN Jenama Amat Dekat Di Hati Pengundi, Gerak Kerja Semua Peringkat

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat malam tadi mencapai ketetapan iaitu penggunaan logo BN oleh semua parti komponen, parti-parti bergabung dan calon-calon melalui keahlian secara langsung sebagai jenama yang amat dekat di hati pengundi. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan selepas mesyuarat terbabit malam tadi memaklumkan mesyuarat […]

» Read more

PRU15: Calon UMNO Dimuktamad Dalam Masa Sehari Dua – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Senarai calon UMNO yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dimuktamad dalam masa sehari dua lagi, kata Naib Presiden parti itu Datuk Seri Mahdzir Khalid. Mahdzir, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, berkata masih ada masa sebelum perkara itu dimuktamadkan kerana tarikh penamaan calon ialah pada 5 Nov depan seperti yang diumumkan […]

» Read more

Jasa, Sumbangan Samsudin Di DUN Sekong Sentiasa Dihargai – PM

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Sabah Datuk Samsudin Yahya yang meninggal dunia petang semalam. Menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau, Ismail Sabri mendoakan agar keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut. “Jasa dan sumbangan beliau kepada pembangunan di […]

» Read more

BN Ingin Negara Ini Terus Stabil Dan Makmur – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan Barisan Nasional (BN) mahukan negara ini stabil dan makmur yang tentunya akan dapat memulihkan keadaan dari pelbagai sudut setelah rosak akibat pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH). Sehubungan itu, kata beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Pontian, tema utama BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini ialah […]

» Read more

PH Jual Aset Secara Borong, Jangan Salah Pangkah Lagi – Zahida

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata malang sungguh nasib pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kerana mengimpikan satu ‘harapan baharu’ untuk Malaysia tetapi sebaliknya berlaku apabila yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan (PH) tidak seperti mana yang dijanjikan. Katanya, segala yang dijaja sepanjang kempen PRU14 adalah jelas untuk mendapatkan undi semata-mata dan […]

» Read more
1 1,289 1,290 1,291 1,292 1,293 2,358