UMNO Tak Pernah Tinggalkan Asas Perjuangan Demi Agama, Bangsa Dan Negara – Presiden

KUALA LUMPUR, 11 Mei – UMNO tidak pernah meninggalkan asas dan agenda perjuangan parti itu demi agama Islam, bangsa Melayu dan kepentingan negara, tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid. Ini ekoran katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri, ada parti pembangkang yang menuduh Kerajaan Perpaduan yang turut dinaungi UMNO kononnya menyebabkan orang Melayu dan agama Islam tergugat.   “Apabila […]

» Read more

Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77 Lancar, Dirai Sederhana Penuh Kesyukuran

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-77 yang diadakan hari ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur berjalan lancar. Dianjurkan secara sederhana, namun kemeriahannya dirasai apabila seawal jam 6.30 petang lagi para tetamu tiba memenuhi Surau Ar-Rahman, Menara Dato’ Onn. Sambutan ulang tahun ini dimulakan dengan menunaikan solat Maghrib serta bacaan Yasin dan tahlil di sini […]

» Read more

Dukung Kerajaan Perpaduan Dengan Lapang Dada Demi Keharmonian Rakyat Dan Negara – Lokman

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengajak ahli dalam parti-parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan untuk berlapang dada menjaga keharmonian antara satu sama lain. Katanya ini kerana, kestabilan yang dimiliki kerajaan pada hari ini penting dipelihara demi rakyat dan negara. “Selama ini kita kutuk PKR, mereka pun kutuk kita… hari ini sudah […]

» Read more

Ulang Tahun UMNO ke-77: Marilah Bersama Menanam Tekad Untuk Bangkit Kembali – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru seluruh ahli menanam tekad untuk terus bangkit semula sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-77, hari ini. Ujarnya, parti keramat Melayu ini sudah melalui pelbagai zaman sejak penubuhannya maka sudah tentu ada perkara yang perlu dimuhasabahkan. “Bagi pihak keluarga besar UMNO saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun […]

» Read more

Perkukuh Perjuangan UMNO, Tanamkan Tekad Terus ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ – Mohd Rafi

LABUAN, 11 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan mengajak ahli-ahli UMNO untuk terus tanamkan tekad ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ dan kembali memperkukuh perjuangan parti. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata demikian sempena ulnag tahun UMNO ke-77 hari ini. “Alhamdulilllah, hari ini UMNO genap berusia 77 tahun. Tanggal 11 Mei merupakan tarikh keramat […]

» Read more

Ulang Tahun UMNO: Tetapkan Semangat Dan Disiplin Parti Dalam Diri – Norshida

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Hari ulang tahun UMNO yang disambut saban tahun pada 11 Mei seharusnya memberi makna mendalam kepada setiap ahli parti. Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim berkata semangat juang yang tinggi bukan sahaja perlu disemai malah perlu diiringi disiplin parti yang mendalam. Tegas beliau tanpa gabungan berkenaan parti semestinya tidak mampu melangkah dengan lebih baik […]

» Read more

Semarakkan Kembali Perjuangan UMNO, Terus Relevan Demi Agama, Bangsa, Tanah Air – Jamal

PAPAR, 11 Mei – Ulang tahun penubuhan UMNO ialah pada 11 Mei dan hari ini usianya genap 77 tahun selepas ditubuhkan pada tahun 1946. Sehubungan itu, Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi mengharapkan agar perjuangan UMNO kembali bersemarak agar zaman kegemilangan parti dapat kembali dirasai yang memberi impak juga pada negara. Katanya, ketika UMNO bersama Barisan Nasional (BN) menjadi […]

» Read more

Teruskan Perjuangan, UMNO Bawa Kejayaan Kepada Negara – Azalina

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mengajak ahli-ahli UMNO untuk meneruskan perjuangan kerana parti inilah yang membawa kejayaan kepada negara. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata demikian dalam ucapan ringkas sempena ulang tahun UMNO ke-77 hari ini. “Saya tahu UMNO menghadapi banyak cabaran dan cabaran UMNO […]

» Read more

Ulang Tahun UMNO Ke-77: Teruskan Bersatu, Kukuhkan Saf Perjuangan – Sharif Musa

LAHAD DATU, 11 Mei – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menyeru seluruh ahli dan kepimpinan parti untuk bersatu serta memperkukuhkan saf perjuangan sempena Ulang Tahun UMNO yang ke-77. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Sharif Musa turut memohon agar seluruh ahli UMNO mengimbau kembali wadah perjuangan parti yang berjaya membentuk dan menyelamatkan negara daripada komunis. “Sambutan Ulang […]

» Read more

UMNO 77 Tahun: Teruskan Perjuangan Demi Agama, Bangsa, Negara – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perjuangan UMNO mesti diteruskan malah tetap relevan dan sehingga kini masih menjadi harapan rakyat khususnya demi agama, bangsa dan negara. Justeru katanya, sokongan dan dukungan daripada anggota akar umbi parti amat penting dalam memanifestasikan misi untuk bangkit kembali. “Kita telah bersama-sama mengharungi pahit getir yang […]

» Read more
1 … 1,221 1,222 1,223 1,224 1,225 … 2,372