Teruskan Perjuangan, UMNO Bawa Kejayaan Kepada Negara – Azalina


KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mengajak ahli-ahli UMNO untuk meneruskan perjuangan kerana parti inilah yang membawa kejayaan kepada negara.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata demikian dalam ucapan ringkas sempena ulang tahun UMNO ke-77 hari ini.

“Saya tahu UMNO menghadapi banyak cabaran dan cabaran UMNO yang paling dekat dengan kita ialah dalam Kerajaan Perpaduan tetapi yang lebih penting adalah kita bersama untuk membawa kembali kekuatan kepada UMNO dan juga kepada Barisan Nasional (BN),” katanya.

Ujarnya, UMNO adalah satu-satunya yang membawa perjuangan kepada akar umbi.

“Saya yakin kalau perjuangan kita sebagai ahli UMNO daripada dulu iaitu daripada mereka sebelum kita, untuk membawa kepada keikhlasan dalam perjuangan maka kita percaya bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang memang membawa perjuangan kepada akar umbi kita.

“Kita tahu memang UMNO ini tidak lupa kepada orang Melayu, orang Islam dan yang paling penting UMNO telah berjaya membawa kejayaan kepada Malaysia daripada mulanya kita merdeka pada tahun 1957.

“Jadi teruskanlah perjuangan kita kepada UMNO, sayang kita kepada UMNO dan kekallah kita dalam UMNO kerana UMNOlah sebenarnya yang membawa kejayaan kepada negara Malaysia kita. Selamat hari jadi UMNO, dan insya-Allah kita tengok 100 tahun lagi untuk sambutan UMNO,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.