Hafiz Ajak Seluruh Ahli Dan Pimpinan Terus Perkasakan Institusi Pemuda

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin mengajak seluruh ahli dan pimpinan selain pendukung serta penyokong pergerakan itu untuk sama-sama menambahbaik institusi Pemuda dan parti UMNO dalam usaha membina generasi. Menerusi ucapan pembukaan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO semalam, beliau yang membentangkan laporan gerak kerja Pemuda berkata umum tahu bagaimana parti telah pun selesai mengadakan pemilihan […]

» Read more

Pemuda Main Peranan Penting Usaha Kukuhkan Parti – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap Pemuda UMNO dapat memainkan peranan penting dalam usaha mengukuhkan lagi parti berkenaan di seluruh negara dengan melihat dan berdasarkan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Menurut beliau anak-anak muda yang menjadi pengundi termasuklah mereka yang berumur 18 tahun perlu dicari jalan pendekatan […]

» Read more

Ini Rumah Kita, Jangan Cemar Atau Robohkan Institusi Pemuda UMNO – Hairi

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah mengingatkan seluruh ahli pergerakan itu agar terus istiqamah dan jangan sesekali merobohkan rumah institusi berkenaan malah jangan sesekali dicemari dengan sebarang anasir yang tidak sihat. Berucap ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO petang tadi, beliau menegaskan walaupun parti mengalami suka dan duka sejak 2018 yang […]

» Read more

Wanita Guna Sains, Data Analitik Ubah Gerak Kerja, Pulihkan Sokongan Terhadap UMNO

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Pergerakan Wanita UMNO mahu ahli sayap itu lebih fokus dalam memodenkan setiap gerak kerja dan instrumen sosial dalam usaha mendepani cabaran dan memulihkan sokongan terhadap parti itu. Ketuanya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata dalam masa terdekat, pergerakan itu akan menghantar beberapa ahli untuk berkursus dalam bidang sains data dan analitik, agar makna di sebalik […]

» Read more

Fahami Citarasa Pengundi, Gerak Kerja Perlu Diubah – Nurul Aslina

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Penyokong Usul Ucapan Dasar Ketua Puteri UMNO, Nurul Aslina Saman menzahirkan penghargaan kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi kerana memberikan kepercayaan menyokong ucapan beliau. Ini kerana katanya kerana keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu bukanlah keputusan yang diharapkan tetapi ia memberi keputusan melukakan, menyakitkan dan mengecewakan semua ahli parti. […]

» Read more

Kita Tidak Ada Masalah, Cuma Ingin Selesaikan Hal berkaitan ‘Adik-Beradik’ Dahulu

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Exco Pemuda UMNO, Mohamed Khairul Azman Abdul Aziz menegaskan pergerakan itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan pemuda-pemuda parti yang membentuk kerajaan perpaduan hari ini, namun hal-hal yang berkaitan dengan ‘adik-beradik’ perlu diselesaikan terlebih dahulu. Berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO hari ini, beliau menambah langkah pergerakan itu tidak menjemput rakan-rakan pemuda yang membentuk kerajaan tidak […]

» Read more

Keberadaan Wanita Muda Dalam Politik Harus Diperkasakan – Haryani

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Pencadang Usul Ucapan Dasar Ketua Puteri UMNO, Haryani Sukarman berkata keberadaan wanita muda dalam politik harus diperkasakan lagi. Kata Ketua Puteri UMNO Bahagian Sri Gading itu, perlu dipergiatkan program pendedahan kepada masyarakat berkenaan peranan wanita muda dalam pembinaan negara bangsa. ”Kesedaran mengenai pentingnya kepelbagaian dan keberadaan wanita muda dalam politik perlu ditingkatkan. Program pendedahan dan […]

» Read more

Jangan Terbuai Permainan Pihak Tidak Senang Kewujudan Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak terutamanya rakyat agar tidak terbuai dengan permainan pihak yang tidak senang dengan kestabilan Kerajaan Perpaduan lebih-lebih lagi dalam situasi berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN). Jelasnya, UMNO/Barisan Nasional (BN) bertekad untuk mendapatkan semula (regain) dan mempertahankan (retain) kerusi-kerusi yang ditandingi pada PRN kelak. “Insya-Allah bagi […]

» Read more

Sayap UMNO Tekankan Kepentingan Perkukuh Kerajaan Perpaduan Demi Kestabilan Negara

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Kepentingan memperkukuh Kerajaan Perpaduan yang dibentuk melalui kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kestabilan negara adalah antara isu dilontarkan oleh ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO hari ini. Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mahu anggota sayap itu berlapang dada menerima UMNO untuk berada dalam Kerajaan Perpaduan kerana […]

» Read more

Pindaan Perlembagaan UMNO Bolehkan Permohonan Keahlian Dibuat Dalam Talian – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Permohonan pendaftaran keahlian baharu UMNO boleh dilakukan secara dalam talian apabila pindaan perlembagaan parti berhubung perkara itu diluluskan Perhimpunan Agung Khas UMNO yang dijadual berlangsung esok. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perhimpunan khas yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 itu akan meminda fasal membabitkan keahlian parti. “Yang akan dipinda adalah […]

» Read more
1 1,121 1,122 1,123 1,124 1,125 2,354