Pemuda UMNO Tetap Teguh Untuk Pertahankan Kelangsungan Parti – Ak Mohd Yazri

KUALA PENYU, 28 Ogos – Anggota Pergerakan Pemuda UMNO tetap teguh untuk terus mempertahankan kelangsungan parti malah tidak akan memencilkan diri untuk membangunkan semula UMNO.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort, Ak Mohd Yazri Ak.Mohd Yahya berkata keputusan PRN di enam buah negeri baru-baru ini akan diaplikasi bagi menambat kembali hati anak muda dengan satu garapan baharu serta susulan kemerosotan sokongan orang Melayu kepada UMNO/Barisan Nasional (BN).

“Saya yakin UMNO dapat kembali mengambil hati orang Melayu khususnya golongan pengundi muda, iaitu dengan melibatkan beberapa perkara diubah dan disusun kembali kerana masih ramai orang di luar sana yang sayangkan UMNO.

“Kita perlu bangkit kembali dan bertekad mengembalikan kegemilangan UMNO sebagai sebuah parti terbesar Melayu di negara ini. UMNO tidak akan hilang dan tidak akan pupus selama-lamanya,” katanya sempena menyambut ulang tahun Penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Ke-74, di sini semalam.

Menurut AK.Mohd Yazri, Pemuda UMNO perlu terus berperanan memastikan parti itu kekal relevan, sekali gus kembali diterima rakyat untuk memacu kebangkitan yang diharapkan.

Justeru, menurut beliau sebagai sayap parti, Pemuda UMNO akan meneruskan tekad bagi mendekati, menambat dan memahami golongan muda supaya menyokong UMNO.

“Dekati, fahami dan tambatlah hati anak muda untuk menyokong kita. Inilah amanah terbesar yang harus dipikul sepenuh hati oleh Pemuda UMNO ketika ini,” katanya.

Menurut beliau anak muda masa kini kerap dimomokkan melalui media massa dengan propaganda masalah dalaman UMNO sehinggakan mereka melihat perkara tersebut seakan benar yang menyebabkan fikiran mereka terpesong dengan proganda tohmahan dan fitnah yang dimainkan oleh parti lawan.

“Saya mengajak pemimpin Pemuda UMNO di semua peringkat agar mendekati, memahami dan menambat hati anak muda untuk menyokong kita. Inilah amanah terbesar yang harus dipikul sepenuh hati oleh Pemuda UMNO ketika ini,” katanya.

Tambah Ak.Mohd Yazri, pemahaman terhadap citarasa dan kehendak anak muda ini perlu diselaraskan dengan program-program yang sesuai untuk menarik penyertaan mereka bersama dalam UMNO.

“Kita akan dekati, fahami dan tambat hati anak muda untuk menyokong UMNO. Inilah amanah terbesar yang harus dipikul sepenuh hati oleh Pemuda UMNO,” kata Ak Mohd Yazri lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.