Demokrasi UMNO Masih Segar Meskipun Dua Jawatan Utama Tidak Dipertandingkan – Fairuz Jamaludin

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin berpandangan bahawa keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU)2022 lalu yang meluluskan usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan adalah sebuah bentuk demokrasi. Ini kerana katanya, keputusan sebulat suara tersebut sudah semestinya menyuburkan amalan demokrasi dalam parti dan dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO. “Jawatan Presiden dan Timbalan […]

» Read more

Hari Pertama Pendaftaran Pemilihan UMNO 2023 Berjalan Lancar

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Pendaftaran bagi proses Pemilihan UMNO 2023 berjalan lancar pada hari pertama pembukaannya yang bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang di Auditorium Menara Dato’ Onn. Pendaftaran tersebut adalah bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Exco Wanita, Pemuda dan Puteri yang bermula hari ini sehingga 26 Februari 2023. Calon atau wakil calon perlu mengikuti beberapa prosedur […]

» Read more

Permuafakatan Kerajaan Perpaduan Jamin Kestabilan Politik, Jana Pertumbuhan Ekonomi – Agong

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Permuafakatan yang tercapai dalam kalangan pimpinan parti Kerajaan Perpaduan membolehkan negara menjana pertumbuhan ekonomi yang menjamin kesejahteraan rakyat selain dapat mewujudkan kestabilan politik. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah ia selari dengan hasrat Seri Paduka untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan utuh. Seri Paduka yang menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk […]

» Read more

UMNO Telah Kemuka Maklumat Diperlukan RoS – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 9 Feb – UMNO telah mengemukakan semua maklumat yang diperlukan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata segala penjelasan serta maklumat yang diperlukan telah diserahkan […]

» Read more

Perkembangan Literasi Politik Tuntut Pembaharuan Yang Didukung Ahli UMNO – Fadwah

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fadwah Anuwar berpandangan literasi politik kini kian berkembang dengan menuntut perubahan bagi parti dalam mendepani perkembangan semasa termasuk digital. Katanya langkah ini penting didukung oleh ahli parti bagi memastikan perubahan yang dibawa kekal dalam memberi signifikannya tersendiri ke arah perkembangan parti keramat ini. “Kena melihat disebabkan literasi politik yang kian […]

» Read more

UMNO Kelantan Dukung Inisiatif SPRM… Fakta Sebenar Perlu Diperjelas Kepada Rakyat – Zawawi

KOTA BHARU, 5 Feb –Penerangan UMNO Negeri Kelantan sentiasa mendukung inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memastikan negara bebas daripada budaya rasuah dan salah guna kuasa. Ketuanya, Datuk Zawawi Othman berkata, fakta sebenar harus diperjelaskan kepada rakyat agar mereka tidak keliru dengan skandal rasuah yang semakin berleluasa apabila pimpinan Pas dilihat cuba memutarbelitkan isu ‘sedekah’ semasa pilihan raya. “SPRM […]

» Read more

Kepimpinan Tertinggi UMNO Telah Perjelas Hala Tuju Parti Semasa PAU – Isham Jalil

KUALA TERENGGANU, 5 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil menjelaskan bahawa pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini kepimpinan tertinggi telah jelas menyatakan hala tuju parti ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Ini kerana katanya, akar umbi UMNO haruslah pandang ke hadapan dan melihat hala tuju yang dibawa oleh kepimpinan pusat. “Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah […]

» Read more

Usul Tidak Tanding Dua Jawatan Tertinggi UMNO Tidak Langgar Perlembagaan Parti

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata tiada pelanggaran perlembagaan atau Peraturan Mesyuarat ketika Perhimpunan Agung 2022 baru-baru ini, yang melibatkan kelulusan usul tambahan tiada pertandingan dua jawatan tertinggi parti pada pemilihan akan datang. “Semua berjalan dengan teratur. Sekitar 90 peratus perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan presiden dan timbalan. Sudah banyak kali dalam […]

» Read more

Pasca PAU2022, UMNO Wadah Rakyat Siap Siaga Depani Cabaran Politik Baharu – Adzly Manas

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Peguam yang juga aktivis politik dan masyarakat, Adzly Ab Manas berpandangan pasca-Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 meletakkan UMNO sebagai wadah baharu dalam usaha maju ke hadapan bagi menempuh cabaran politik yang dinamik. Katanya, perjalanan PAU2022 telah terlaksana dengan lancar mengikut acuan, prosedur dan peruntukan di bawah Perlembagaan parti. “Ahli UMNO perlu faham bahawa sebagai parti politik […]

» Read more

UMNO Pentingkan Kualiti Dari Kuantiti… Pembersihan Proses Survival Parti – Masliha

KUALA LUMPUR, 2 Feb – UMNO kini mementingkan kualiti dari kuantiti dan usaha pembersihan yang dilakukan adalah sebagai salah satu proses survival parti. Exco Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun berkata, UMNO banyak berjasa kepada rakyat dan kita perlu yakin bahawa parti ini boleh mendapat tempat semula di hati rakyat. “UMNO ini parti yang banyak jasanya kepada rakyat dan kita […]

» Read more
1 194 195 196 197 198 411